Pencarian kapal kargo hilang diketuai SAR Indonesia


  • 112
  • Rabu, 11 Jan 2023

Hizam Zakaria berkata, lokasi terakhir kapal itu dikesan pada 1 Januari di perairan Indonesia dan kira-kira 0.2 batu nautika dari perairan Johor.

AGENSI Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas) sedang menyelaraskan pencarian kapal kargo berdaftar Malaysia yang hilang.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor Laksamana Pertama Nurul Hizam Zakaria berkata, agensi itu dimaklumkan mengenai perkara itu kira-kira pukul 11 malam Selasa.

“Pusat Penyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru menerima maklumat daripada Pusat Penyelarasan Menyelamat Maritim Putrajaya bahawa Basarnas akan menyelaraskan pencarian.

“Ini berdasarkan maklumat bahawa kapal itu mungkin berada di perairan Indonesia," katanya

Bagaimanapun, sehingga kini tidak ada khabar berita jika kapal itu telah ditemui,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pada Selasa, dilaporkan bahawa kapal kargo dengan lima anak kapal itu telah hilang selama lebih seminggu.

Kapal itu, yang membawa paip logam bernilai kira-kira RM726,000, berlepas dari Kampung Acheh di Perak pada 23 Disember dan sepatutnya sampai ke Kuching, Sarawak, pada 31 Disember lalu.

APMM dimaklumkan pada Isnin selepas ejen kapal itu membuat laporan polis.

Lokasi terakhir kapal itu dikesan pada 1 Januari di perairan Indonesia dan kira-kira 0.2 batu nautika dari perairan Johor.

Tiga warga Indonesia dan dua warga Malaysia, berumur antara 20 dan 57 tahun berada di atas kapal itu.

Pada 10.42 malam Isnin, Pusat Kawalan Misi Malaysia dan Pusat Perintah Operasi Polis Singapura mengesan isyarat kecemasan dari kapal itu.

Isyarat SOS datang dari lokasi kira-kira 30 batu nautika barat laut Pemangkat, Indonesia dan APMM menghubungi pihak berkuasa Indonesia dan Singapura untuk membantu pencarian. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram