Anwar Ibrahim ke Indonesia bertemu Jokowi pada Januari 2023


  • Primer
  • Sabtu, 31 Dis 2022

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat lawatan rasmi pertamanya ke Indonesia. — The Star

SUSULAN pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, satu lawatan rasmi ke Indonesia akan diadakan pada 8 Januari 2023.

Beliau akan bertemu Presiden Jokowi Widodo semasa lawatan dua harinya ke Jakarta dan dijangka membincangkan isu berkaitan persempadanan sempadan, perdagangan, tenaga kerja dan minyak sawit.

Indonesia akan memegang jawatan sebagai pengerusi ASEAN pada 2023.

Anwar akan diiringi Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang sebelum ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Jokowi pada 30 Disember.

Jokowi merupakan pemimpin negara luar pertama yang memberikan ucapan tahniah kepada Anwar atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram