SEBUAH rumah yang menempatkan individu orang kelainan upaya (OKU) di Kampung Ungku Mohsin, Johor Bahru, Johor terbakar menyebabkan seorang warga emas melecur di badan.
Operasi Komander Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Mohamad Faiz Suleiman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 7.53 pagi Isnin.