Selain Lee Tuck, 5 pemain import jadi buruan kelab menjelang musim Liga Super 2023


  • Podium
  • Selasa, 27 Dis 2022

Lee Tuck antara pemain yang menjadi buruan beberapa kelab dalam Liga Super.

SEMAKIN menghampiri saingan Liga Super musim depan, makin ligat beberapa pasukan menandatangani pemain yang diharap dapat memberi impak positif pada mereka.

Malah, saban hari pasti muncul khabar angin berkaitan perpindahan pemain dan antara yang menjadi bualan ialah pemain naturalisasi kebangsaan, Lee Tuck.

Tuck yang sebelum ini bersama Sri Pahang FC memilih untuk keluar dari pasukan itu dan dikhabarkan menjadi rebutan tiga kelab lain iaitu Negeri Sembilan FC (NSFC), Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Terengganu FC (TFC).

Namun, pemain di posisi tengah belum mengesahkan ke mana hala tujunya untuk musim depan sebaliknya mahu memberi fokus kepada aksi bersama skuad kebangsaan di Piala AFF.

Bukan Tuck sahaja sebenarnya yang menjadi tumpuan. Sebaliknya ada beberapa pemain lagi yang sudah menemui penghujung bersama pasukan lama sedang diintai pasukan baharu.

Berikut Majoriti senaraikan lima lagi pemain import yang menjadi pilihan beberapa pasukan lain untuk saingan Liga Super musim depan.

1642764

Mahmoud Al-Mardi

Selepas namanya tidak diumumkan bersama KDA FC untuk musim depan, ada beberapa pasukan lain yang sedang menghulurkan tangan untuk mengambil Mahmoud.

Antaranya ialah Negeri Sembilan FC (NSFC) dan PDRM. Namun, NSFC yang dikatakan cukup berminat untuk mengambil Mahmoud selepas pasukan itu melepaskan kesemua pemain import mereka musim ini.

Kemasukan pemain sayap Jordan itu bersama skuad Jang dilihat mampu menambah kekuatan pada bahagian serangan NSFC.

1738374

Ifedayo Olesegun

Selepas gagal menyerlah ketika bersama Melaka United FC pada musim lalu, tiga kelab lain iaitu KDA FC, Selangor FC dan Terengganu FC (TFC) sudah mula mengintai pemain dari Nigeria ini.

Mempunyai fizikal yang baik serta pengalaman dalam liga tempatan menjadi daya penarik mengapa tiga pasukan ini cukup berminat dengan Ifedayo.

Malah, rekod pemain berusia 31 tahun ini ketika bersama Selangor FC pada dua musim lalu dengan rekod 26 gol dan menjadi penjaring terbanyak Liga Super 2021 menjadi sebab pemain ini jadi tumpuan.

WhatsApp Image 2022-12-26 at 10.29.02 PM

Safuwan Baharudin

Pemain versatil kelahiran Singapura, Safuwan Baharudin ini juga antara pemain yang diburu dua kelab lain selepas kontraknya bersama Selangor FC tamat pada Disember.

Dua kelab yang begitu tertarik untuk mendapatkan khidmat pemain tunjang Selangor FC ini ialah NSFC dan TFC.

Corak permainan yang konsisten selain sudah lama berkelana dalam liga tempatan menjadi sebab utama pemain berusia 31 tahun ini diburu kelab lain.

1872090

Tchetche Kipre

Selepas dilepaskan TFC, Tchetche Kipre nampaknya menjadi buruan dua kelab iaitu KL City dan KDA FC.

Namun, khabar angin kuat mengatakan bahawa Kipre akan bersama dengan City Boys bagi membentuk keserasian di bahagian serangan bersama Romel Morales.

Tetapi, Kipre juga sedang diintai oleh KDA FC untuk mengisi kekosongan kuota pemain import. Aksi cemerlang Kipre bersama Sang Kenari pada musim 2020-2021 juga mungkin boleh membuatkan dia kembali di bawah kendalian Nafuzi Zain.

1763922

Pape Diakite

Pape Diakite juga antara pemain import yang tidak lagi bersama pasukan lamanya, TFC.

Ada dua kelab yang dikatakan sedang memancing Diakite iaitu KDA FC dan Sabah FC. Aksi pemain pertahanan itu juga sebelum ini mendapat respons positif penyokong.

Sabah FC juga mungkin akan cuba mengambil pemain berasal dari Senegal itu bergandingan dengan import pertahanan mereka, Jackson De Souza. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram