Tonjol haluan kepimpinan, 5 kementerian dijenamakan semula


  • Primer
  • Sabtu, 24 Dis 2022

Perubahan nama kementerian dibuat selari dengan tugasan di bawah pimpinan kerajaan baharu.

PERTUKARAN nama kementerian setiap kali kerajaan bertukar bukanlah sesuatu yang baharu malah pernah beberapa kali berlaku sebelum ini.

Kebanyakan kementerian bertukar nama atas keputusan oleh menteri yang baharu untuk menonjolkan haluan kepimpinan mereka tersendiri.

Namun, ada juga yang ditukar nama ekoran penyelarasan semula tugas-tugas dalam kementerian berkaitan.

Kerajaan perpaduan di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menyaksikan beberapa kementerian membuat perubahan nama.

Berikut Majoriti senarikan lima kementerian yang ditukar nama daripada kerajaan sebelum ini.

telor

Kementerian Pertanian dan Kerjaminan Makanan

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan adalah nama baharu kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi).

Kementerian yang diterajui menterinya, Mohamad Sabu itu juga turut menukar akronim mereka dari Mafi kepada MAFS.

Penjenamaan semula itu adalah selari dengan aspirasi kerajaan untuk mempertingkatkan semula tahap keterjaminan sektor agromakanan negara.

Selain itu, MAFS juga bertanggungjawab memastikan bekalan makanan dalam negara terjamin daripada segala aspek.

By end of 2022, Jendela Phase 1 aims to meet 37.9% for 5G network rollout in populated areas. — AFP

Kementerian Komunikasi dan Digital

Kementerian Komunikasi dan Digital yang diterajui menterinya, Fahmi Fadzil sebelum ini dikenali sebagai Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Selain itu, akronim kementerian itu yang dikenali sebagai K-KOMM juga ditukar kepada KKD.

Diterajui Fahmi, KKD nampaknya lebih fokus ke arah pendigitalan.

Selain itu, semua agensi yang berkaitan seni dan budaya juga bukan lagi di bawah kelolaan kementerian itu.

18447D0A-C6CC-4682-84B5-C9B5604F1217

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sebelum ini telah dijenamakan semula dengan nama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Namun, kementerian yang diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih mengekalkan visi, misi serta fungsinya.

Ahmad Zahid berkata, kementerian itu memberi fokus untuk melahirkan masyarakat desa yang sejahtera dalam pelbagai aspek kehidupan.

WhatsApp-Image-2022-04-30-at-2.57.19-PM

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sebelum ini dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Antara fungsi utama kementerian ini sebagai peneraju mengawal selia pembangunan ekosistem perdagangan domestik.

Visi, misi dan fungsi kementerian yang diterajui Datuk Seri Salahuddin Ayub itu pula masih dikekalkan dan tiada sebarang pindaan.

Kuala Lumpur skyline featuring (from left) KL Tower, Tun Razak Exchange (TRX) Tower and Merdeka 118 Tower.  IZZRAFIQ ALIAS/The Star.

Jabatan Wilayah Persekutuan

Agak mengejutkan bila Kementerian Wilayah Persekutuan distrukturkan semula menjadi Jabatan Wilayah Persekutuan.

Jabatan ini tidak lagi bergerak sendiri seperti sebuah kementerian sebelum ini sebaliknya kini berada di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Ini juga membawa maksud bahawa tiada lagi jawatan menteri sebaliknya kini digalas Ketua Pengarah, Datuk Seri Rosida Jaafar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram