[VIDEO] Hubungan cinta tak direstui, lelaki bengang tergamak tikam kekasih berkali-kali


  • Benua
  • Jumaat, 23 Dis 2022

Tangkap layar video yang memaparkan kejadian seorang wanita ditikam berkali-kali hingga maut di tepi jalan.

SEORANG wanita maut selepas ditikam berkali-kali oleh seorang lelaki di tepi jalan di Kartanaka, India pada Khamis.

Apa yang menyayat hati, kejadian itu berlaku ketika tiada seorang pun saksi di lokasi kejadian yang cuba menghalang insiden berkenaan.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mangsa yang dikenali dengan nama Sultana dilihat sedang duduk di atas sebuah motosikal sambil bercakap dengan seorang lelaki.

Difahamkan, suspek lelaki itu dikenali sebagai Chand Pir.

Namun, secara tiba-tiba lelaki itu menikam mangsa berkali-kali sebelum melarikan diri.

Mangsa juga meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut polis, punca pembunuhan adalah kerana rasa tidak puas hati Chand Pir selepas hubungannya dengan Sultana tidak direstui keluarga wanita itu.

Malah, polis berkata, keluarga Sultana juga sudah merancang perkahwinan mangsa dengan lelaki lain yang membuat lelaki itu bengang sebelum merancang pembunuhan itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram