PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat cukup konsisten dengan janjinya untuk membantu rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah.
Terbaharu pada Khamis, beliau memaklumkan yang setiap projek pembangunan perlu menyediakan infrastruktur untuk penjaja dan peniaga kecil berniaga.
Malah, beliau juga menyatakan bahawa perkara itu mesti memberi manfaat kepada sebilangan besar rakyat yang berpendapatan rendah.
Ramai yang menyambut baik usaha murni Anwar itu tetapi ada juga yang menyatakan kerisauan jika perkara itu disalah guna.
Seorang warganet, Zul Pest berkata, perkara itu perlu diteliti dahulu kerana risau dengan kebanjiran kedai-kedai warga asing di ibu kota.
"Banyak kedai warga asing yang ada di Kuala Lumpur antaranya warga Thailand dan Aceh, Indonesia.
"Pecahan perniagaan dalam kalangan bangsa juga nampak tidak seimbang. Belum ditambah dengan penguatkuasaan yang tidak konsisten.
"Apa pun kerajaan perlu buat bancian, formula terbaik dan lain-lain supaya projek ini memberi manfaat kepada rakyat," katanya
Berkongsi nada sama, seorang lagi warganet, Dayana Zulkarnain juga menganggap idea tersebut sebagai sesuatu yang baik.
Jelasnya, idea itu secara jelas sebagai usaha untuk membantu peniaga kecil tetapi perlu dipantau kerana risau ada pihak yang mengambil kesempatan dengan menyewakannya kepada warga asing.
A Baqhtiar Saad pula berkata, dia berharap supaya hak menyewa itu diberikan kepada mereka yang benar-benar mahu berniaga.
"Idea dah bagus, cuma kena pantau. Risau geng yang banyak 'kabel' dapat. Lepas itu disewakan atau langsung tidak dibuka.
"Perkara itu akhirnya menutup peluang mereka yang betul-betul nak berniaga. Sepatutnya ada undang-undang jika tidak dibuka selama lima bulan, hak penyewaan diberi kepada orang lain," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram