MAKAN malam sebuah keluarga bertukar tragedi berdarah selepas seorang lelaki ditembak mati di depan anaknya di sebuah restoran pada Jumaat lalu.
Kejadian itu dirakam kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di sebuah restoran di Avenida Mato Grosso, Apucarana dekat Parana, Brasil.
Pada waktu kejadian yang berlaku pukul 5.30 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Jacare berusia 34 tahun sedang menikmati makan malam bersama keluarganya sebelum didatangani tiga orang lelaki bersenjatakan pistol.
Menurut media laporan media antarabangsa, USA Crimes, ketiga-tiga suspek datang ke premis berkenaan menggunakan kereta. Mereka kemudiannya dilihat terus menuju ke arah mangsa dan melepaskan beberapa tembakan.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala dan badan selepas ditembak sebanyak 15 kali.
Sementara itu, Polis Tentera, Leftenan Almir mengesahkan kejadian tembak terbabit.
"Ada lagi mangsa lain cedera dalam insiden berkenaan namun pihak kami masih lagi dalam proses mengenal pasti mangsa kedua kerana pada waktu kejadian, dia terus meninggalkan premis makanan itu untuk mendapatkan rawatan.
"Ketika polis tiba di lokasi kejadian, Jacare sudah pun meninggal dunia. Kami menerima maklumat daripada orang awam seorang lagi lelaki dipercayai saudara mangsa turut ditembak.
"Pihak polis kini masih memburu kesemua suspek yang masih bebas," katanya memetik laporan media antarabangsa tnonline.com. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram