TRW realisasikan impian, Zamsaham sanggup terbangkan import dari Senegal


  • Podium
  • Selasa, 20 Dis 2022

Kelantan FC dilihat semakin bersedia untuk beraksi di Liga Super musim depan dengan pelbagai persediaan dilakukan oleh pihak pengurusan TRW. — Facebook

PEMILIK Kelantan FC, Norizam Tukiman mendedahkan skuad The Red Warriors (TRW) sudah menandatangani pemain dari Senegal untuk dipersiap dalam pasukan menjelang saingan Liga Super musim depan.

Norizam turut mendedahkan bahawa pengurusan kelab juga menyerahkan surat tunjuk minat (LOI) kepada beberapa calon import baka Afrika lain yang diinginkan.

"Kita dah sign seorang dua pemain, yang dari Afrika tu kita ambil dari Senegal.

"Ada juga dari beberapa lagi negara Afrika lain...tu kita dah beri surat LOI kepada mereka," katanya kepada Majoriti.

1768907

Kehadiran Norizam berjaya menyelamatkan Kelantan FC daripada terus bergelut dengan isu kewangan. — Facebook/TRW Kelantan FC

Sebelum ini, Majoriti melaporkan, skuad TRW sudah menerima kira-kira lima nama calon import baka Afrika yang melalui proses penilaian kelab.

Posisi pemain dalam pasukan pula akan ditentukan oleh ketua jurulatih baharu yang juga dalam proses penilaian kelab.

Sementara itu, Norizam berkata, walaupun tiada pengalaman bermain di Liga Asia, namun mereka boleh menjadikan peluang tersebut sebagai medan menimba pengetahuan dan pengalaman tentang kancah bola sepak tempatan.

Pada masa sama, beliau menjangkakan pasukan Kelantan FC dapat dipersiap menjelang awal Januari tahun depan.

"Insya-ALLAH kita akan buat pengumuman awal bulan Januari tu sebab saingan Liga Malaysia bakal bermula pada Februari," katanya.

1825952

Richmond Tetteh Ankrah antara pemain baka Afrika yang menarik perhatian Zamsaham. — Facebook/Selangor FC

Menyentuh tentang sasaran kelab, Norizam berkata, sebagai pencabar baharu, TRW meletakkan sasaran realistik menjadi antara 10 pasukan terbaik Liga Super.

"TRW ini bukan sebuah kelab yang mewah tapi kita punya sasaran untuk jadi 10 yang terbaik dan kita akan usahakan ke arah itu.

"Kita mungkin kelab underdog tapi kita ada pelan dan strategi serta ada impian yang besar untuk menempatkan diri dalam kedudukan antara terbaik dalam carta liga," katanya.

Selepas hampir lima musim beraksi di divisyen kedua Liga Malaysia, Kelantan FC kembali membuat kemunculan di tier satu liga pada musim depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram