Majoriti mangsa tanah runtuh ahli keluarga, bukan pelajar sekolah atau universiti — Penganjur


  • 112
  • Jumaat, 16 Dis 2022

Sebahagian mangsa tanah runtuh yang berjaya diselamatkan tiba di Balai Polis Hulu Yam Bharu selepas dibawa keluar daripada lokasi kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali, Selangor pada Jumaat. — Bernama

SEORANG individu bertanggungjawab di tapak perkhemahan ​Father’s Organic Farm bernama Chang mendedahkan bahawa seramai 51 dewasa dan 30 kanak-kanak mendaftar untuk bermalam di tapak perkhemahan ​​​​ yang dilanda tanah runtuh di Gohtong Jaya, Batang Kali, Selangor pada awal pagi Jumaat.

"Jumlah itu terdiri daripada mereka yang telah mendaftar di tapak perkhemahan,” katanya kepada ketika dihubungi.

Bagaimanapun Chang berkata, beliau tidak pasti sama ada terdapat kanak-kanak berusia bawah empat tahun di tapak perkhemahan kerana mereka tidak perlu mendaftar, dan hanya kanak-kanak berumur antara empat dan 12 tahun perlu mendaftar.

Chang berkata, mereka yang berkhemah kebanyakannya mempunyai pertalian keluarga dan tidak melibatkan kumpulan pelajar sekolah atau universiti.

Laporan awal media menyebut kira-kira 100 orang berada di tapak perkhemahan itu yang dikhuatiri terperangkap dalam kejadian tanah runtuh berketinggian 30 meter berhampiran ladang organik berkenaan.

Setakat pukul 11 pagi, 53 mangsa telah dibawa keluar dari tempat kejadian manakala sembilan maut dalam kejadian itu.

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan di lokasi kejadian. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram