RESORTS World Genting menasihatkan pengunjung yang pergi dan balik dari resort itu supaya menggunakan Lebuhraya Karak melalui laluan Genting Sempah susulan insiden tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali, Selangor pada awal pagi Jumaat.
Dalam nasihat perjalanan yang dikeluarkan di laman webnya, pengendali resort itu berkata, kedua-dua belah jalan masuk ke Resorts World Genting telah ditutup polis susulan kejadian berkenaan.
"Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul,” menurut laman web itu.
Ketika ini operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pihak berkuasa di tapak perkhemahan berhampiran jalan menghubungkan Batang Kali dengan Genting Highlands. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram