[VIDEO] 'Ini kalau hujan confirm tergelincir', budak lelaki nyaris hilang nyawa bermain tepi koridor apartmen


  • Tular
  • Rabu, 14 Dis 2022

Tangkap layar video seorang budak lelaki memanjat penghadang koridor lalu bermain dan menyeberangi ke rumah jiran baru-baru ini.

SEORANG kanak-kanak lelaki nyaris terjatuh apabila leka bermain di koridor sebuah apartmen baru-baru ini.

Kejadian tersebut dipercayai berjaya dirakam menerusi telefon pintar salah seorang penduduk di apartmen berkenaan.

Menerusi video berkenaan, kanak-kanak yang dipercayai lelaki itu kelihatan memanjat penghadang koridor sedang bermain dan menyeberangi ke rumah jiran.

Ketika kejadian, seorang wanita yang dipercayai penduduk berhadapan rumah kanak-kanak itu menjerit memanggil dengan teriakan 'adik' beberapa kali.

Selepas mendengar teriakan wanita itu, kanak-kanak lelaki tersebut dengan cepat berjalan dan memanjat semula penghadang koridor rumahnya sebelum melompat masuk ke dalam rumah.

Tidak dapat dipastikan kejadian berlaku di mana, namun bendera parti politik Pakatan Harapan (PH) menunjukkan kejadian berlaku di Malaysia.

Menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen, rata-rata orang ramai bimbang akan keselamatan kanak-kanak lelaki itu.

"Kita yang tengok pun dah rasa ngilu, tapak kaki terasa gayatnya," kata @Blushpinkpeonyy.

"Daripada gaya nampak dah selalu buat ini, sekali tersilap langkah, memang naya," jelas @Khairul_Bard.

"Dahlah sekarang ini musim hujan, kalau time hujan lepas itu tergelincir memang tak dapat buat apalah," ujar @MohamedKola.

Majoriti kini sedang mencari maklumat tentang kejadian tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram