SEORANG pemandu kenderaan jenis Mercedes AMG45 bertindak biadab apabila tidak memberikan laluan kepada sebuah ambulans di Johor Bahru, Johor pada Selasa.
Tidak dapat dipastikan identiti sebenar pemandu terbabit, namun berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan mewah itu terpapar no plat kenderaan Singapura.
Insiden tersebut berjaya dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan yang menggunakan jalan terbabit.
Berdasarkan video berdurasi 30 saat itu, ambulans terbabit memberikan signal untuk memasuki lorong sebelah kanan.
Namun, tindakan biadab pemandu kereta Mercedes itu jelas kehilatan apabila menghalang laluan ambulans tersebut.
Ketika kejadian, dapat dilihat keadaan ambulans dan Mercedes itu sangat rapat hingga boleh menyebabkan pelanggaran.
Tinjauan Majoriti di ruangan komen mendapati, rata-rata orang ramai berang dengan tindakan warga Singapura yang menghalang laluan ambulans tersebut.
"Kurang ajar betul, dia datang negara kita tapi tak nak ikut undang-undang yang ditetapkan," kata Muhd Lutfi.
"Mengalah sahajalah apa yang susah sangat, ambulans itu dah bagi signal yang kau nak cucuk-cucuk lagi itu kenapa," jelas Noor Safiya.
"Dia punya sifat tak nak mengalah itu sampai dah tak hirau kalau kereta dia bercalar, apa masalahnya kalau beri laluan," ujar Mokhsin Mamat.
Sehingga kini, pihak berkuasa belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai punca kejadian atau individu yang terlibat dalam insiden itu.
Untuk rekod, pemandu yang tidak memberi laluan kepada ambulans boleh dijatuhkan hukuman denda, gantung lesen dan penjara di bawah Akta Pengangkutan Jalan Raya 1978. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram