[VIDEO] Lelaki cabar 'Ayah Man Kedah' sebelum lunyai dibelasah berjemaah di KL


  • Tular
  • Rabu, 07 Dis 2022

Tangkap layar video sekumpulan lelaki bergaduh mulut sebelum insiden pergaduhan itu berlaku.

TULAR sebuah video insiden pergaduhan sekumpulan lelaki yang didakwa tidak berpuas hati kerana bersikap kurang ajar kepada seorang individu pada Selasa.

Kejadian terbabit berjaya dirakam menerusi telefon pintar salah seorang individu yang turut berada di kawasan tersebut.

Berdasarkan video berdurasi satu minit 31 saat itu kejadian dipercayai berlaku di sekitar sekitar kawasan Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Menerusi rakaman tersebut, kelihatan sekumpulan lelaki pada mulanya bergaduh mulut sebelum salah seorang daripada mereka memulakan pergaduhan terbabit.

Dalam rakaman tersebut terdengar jeritan seorang individu daripada kumpulan terbabit dengan mengatakan dia adalah 'Ayah Man Kedah'.

Ketika kejadian, mangsa dipukul beramai-ramai sehingga mengakibatkan dia terjatuh dan ditendang beberapa individu.

Menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen, rata-rata orang ramai mempersoalkan tentang kejadian yang berlaku dan punca sebenar.

"Apa yang jadi sebenarnya? sebab dia ada cakap 'jangan gaduh sama Melayu'," soal Hakimi Saad.

"Kenapa ini? saya tertinggal bas, dia menjerit-menjerit lepas itu tiba-tiba kena tumbuk," ujar Nora Aiman.

"Ini mesti kes sebab tak puas hati, sebab kalau dengar apa yang diorang semua cakap ada sebut pasal kurang ajar, mulut apa semua itu," jelas Hang Tuah.

Sehingga kini, pihak berkuasa tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai punca kejadian atau individu yang terlibat dalam insiden itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Bergaduh, Samseng, Tak Puas Hati, Kuala Lumpur,