Wanita cedera, tong gas LPG dalam rumah tiba-tiba meletup di Pulau Pinang


  • 112
  • Selasa, 13 Dis 2022

Kesan letupan tong gas LPG yang berlaku di sebuah rumah hingga mengakibatkan seorang wanita cedera.

SEORANG wanita berusia 26 tahun cedera selepas tong gas petroleum cecair (LPG) meletup di rumahnya di Taman Sena Permai, Pokok Sena, Pulau Pinang pada Selasa.

Pegawai Operasi Balai Bomba Tasek Gelugor, Mohamad Hazam Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 8.13 pagi.

"Setibanya di tempat kejadian, kami mendapati mangsa telah dibawa keluar dengan selamat oleh jiran-jirannya," katanya.

Menurut Mohamad Hazam, kesan letupan mengakibatkan kerosakan pada bahagian struktur rumah dua tingkat itu selain kereta dan sebuah motosikal di luar.

Difahamkan, mangsa tinggal di rumah tersebut bersama abang dan isterinya.

Tambahnya, wanita itu dihantar ke Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang untuk rawatan dan punca letupan masih dalam siasatan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram