[VIDEO] Hayunan maut balasan lelaki ganggu wanita di pasar raya


  • Benua
  • Selasa, 13 Dis 2022

Dengan hanya satu pukulan, mangsa maut di tempat kejadian. — Agensi

PADAH mengganggu seorang wanita di dalam sebuah pasar raya, seorang lelaki maut selepas dipukul menggunakan sebatang kayu pada Ahad lalu.

Kejadian itu berlaku di salah sebuah jalan raya di Pinhais, ibu kota Curitiba (RMC), Brasil.

Dalam kejadian mengerikan itu, mangsa maut di tempat kejadian selepas dipukul menggunakan sebatang kayu oleh dua individu tidak dikenali yang menunggang motosikal.

Memetik laporan media antarabangsa USA Crime, insiden tersebut dirakam kamera litar televisyen (CCTV) yang terletak di lokasi kejadian.

Pada waktu kejadian, mangsa sedang berjalan seorang diri sebelum didatangi kedua-dua suspek.

Difahamkan, mangsa dipukul suspek kerana suspek tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang mengganggu seorang wanita di sebuah pasar raya.

Mangsa juga dikatakan tidak mengendahkan teguran daripada pihak pengurusan premis tersebut untuk berhenti membuat kacau sebaliknya terus mengganggu perempuan berkenaan.

Pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada kedua-dua suspek sudah ditahan atau masih bebas.

Identiti mangsa juga tidak didedahkan pihak berkuasa. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram