Scammer menyamar Pengarah Kesihatan Johor minta duit, jangan mudah terpedaya


  • 112
  • Ahad, 11 Dis 2022

Segala mesej di WhatsApp ataupun Telegram yang menyamar sebagai Dr Aman Rabu yang meminta duit adalah palsu

JABATAN Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), Johor Bahru, Johor pada Ahad mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan mesej menerusi WhatsApp dan Telegram yang menyamar sebagai Pengarah JKNJ, Datuk Dr Aman Rabu.

JKNJ menerusi hantaran di laman facebook memaklumkan terdapat mesej yang menyamar sebagai Dr Aman meminta duit daripada pelbagai individu.

"Segala mesej di WhatsApp ataupun Telegram yang menyamar sebagai Pengarah JKNJ, Datuk Dr Aman Rabu yang meminta duit adalah palsu.

"Ia merupakan ‘scammer’ yang menyamar sebagai beliau. Mohon semua yang mendapat mesej itu supaya jangan terpedaya," menurut kenyataan itu.

Pada Sabtu, pelbagai pihak termasuk pengamal media Johor menerima mesej WhatsApp dari Dr Aman yang mengingatkan agar tidak terpedaya dengan mesej yang menyamar sebagai beliau.

"Assalamualaikum dan selamat sejahtera, mohon kemaafan untuk semua yang mengenali saya. Sila abaikan permintaan daripada akaun Telegram saya, dikhuatiri dan dimaklumkan bahawa akaun Telegram saya digodam. Sekian harap maaf dan maklum," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram