Anwar pecat serta-merta mana-mana menteri terlibat rasuah, salah guna kuasa


  • Primer
  • Ahad, 11 Dis 2022

Anwar turut menegaskan tiada siapa boleh terlepas daripada hukuman yang diputuskan mahkamah.

DATUK Seri Anwar Ibrahim mengingatkan setiap ahli politik untuk membuktikan arena politik bukan platform bagi menunjukkan kekayaan serta kehebatan kuasa yang hanya akan menyebabkan pertikaian kewibawaan agama Islam.

"Saya mahu buktikan ada anak Melayu gunakan kuasanya untuk membela Islam, saya mahu buktikan ada anak Melayu guna prinsip rahmah dan keadilan untuk ditegakkan di Malaysia. Kita kena sentiasa waspada agar perpecahan dapat dielakkan,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau juga akan memastikan badan-badan seperti Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sentiasa telus dalam menjalankan tugas, selain tiada siapa boleh terlepas daripada hukuman yang diputuskan mahkamah.

Perdana Menteri berkata, beliau diberikan mandat mentadbir negara dalam keadaan hutang melebihi RM1 trilion yang memerlukan tota kelola yang baik.

PUTRAJAYA, 25 Nov -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media pada hari pertamanya memasuki Pejabat Perdana Menteri di Perdana Putra hari ini.Anwar berkata kerajaan perpaduan pimpinannya telah mencapai majoriti dua pertiga melalui penyertaan terkini oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS).--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARAPUTRAJAYA, Nov 25 -- Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim speaking at a media conference on his first day after taking over the Prime Minister’s Office at Perdana Putra today.Anwar said the unity government under his leadership has achieved two-thirds majority with the latest participation by Gabungan Rakyat Sabah (GRS).--fotoBERNAMA (2022) COPYRIGHT RESERVED

Datuk Seri Anwar Ibrahim

"Saya diberi mandat dalam hutang yang lebih RM1 triilion daripada agensi yang diteliti di mana bocor dan tirisnya dan ini bukan fitnah.

Saya kerja kuat teliti fail-fail dan beberapa projek kita tangguhkan, teliti semula atau batalkan kalau ingin belanja kita kena teliti, ini soal tadbir urus,” katanya.

Justeru, katanya soal mengurus negara harus dilaksanakan dengan ketertiban dan mengikut peraturan yang betul.

"Saya ingat umpamanya diluluskan dengan spontan projek tebatan banjir dan syarikat-syarikat dipertikai tidak dijawab.

"Saya minta ditangguhkan dan diteliti semula. Saya akan ke Kementerian Kewangan esok untuk teliti perkara itu,” katanya menambah isu kelulusan proiek tebatan banjir itu benar dan bukannya fitnah.

Sementara itu, beliau mahukan peranan institusi Islam tradisional seperti maahad tahfiz dan pondok terus diperkasakan sebagai benteng pertahanan negara.

"Pesantren dan pondok kena hidupkan semula supaya jadi benteng pertahanan bukan pusat timbulkan kekacauan, kegalauan atau kekeliruan pemikiran,” katanya. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram