Selain bertegas pakai 'seat belt', 3 lagi isu perlu ditambah baik Kementerian Pengangkutan


  • Massa
  • Sabtu, 10 Dis 2022

Penambahbaikan sistem pengangkutan awam, digitalisasi perkhidmatan dan keselamatan jalan raya antara tumpuan Kementerian Pengangkutan ketika ini.

SEJAK penubuhan Kerajaan Perpaduan pada akhir bulan lalu, setiap menteri Kabinet sudah pasti merancang penambahbaikan kementerian masing-masing bagi memudahkan urusan harian rakyat.

Kementerian Pengangkutan juga tidak terkecuali memberi tumpuan dalam usaha menambahbaik sistem pengangkutan awam, digitalisasi perkhidmatan dan keselamatan jalan raya.

Bercakap mengenai jumlah kemalangan raya pada tahun lalu, Profesor Dr Kulanthayan KC Mani berkata, Malaysia mencatatkan 370,286 kes dengan angka kematian sebanyak 4,539.

290848654_177440261310270_4800520728952396796_n

Kulanthayan

Pada masa sama, Pakar Keselamatan Jalan Raya itu berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyasarkan semua negara untuk mengurangkan jumlah kemalangan sebanyak 50 peratus menjelang 2030.

Berbaki lapan tahun lagi, sudah pasti matlamat tersebut sangat tinggi untuk dilaksanakan di negara ini.

Oleh itu, beliau menyasarkan Malaysia perlu mencapai pengurangan kemalangan sekurang-kurangnya enam peratus pada setiap tahun.

Katanya, perkara itu boleh dilakukan dengan mengikut 12 sasaran ditetapkan WHO bagi membantu setiap negara.

Antara empat sasaran dikongsikan beliau disifatkan membantu mengurangkan kemalangan jalan raya.

Salah satunya adalah dengan memastikan setiap pembinaan jalan raya baharu memenuhi standard keselamatan bertaraf tiga bintang.

"Dari segi taraf bintang untuk jalan, paling minimum adalah tiada bintang dan maksimum lima bintang paling selamat. Cuma WHO menyasarkan jalan-jalan baharu dibina sebanyak tiga bintang.

file7c92kjpp8pfoee7vaev

Pengguna motosikal harus menggunakan topi keledar mengikut piawaian dan penggunaan secara betul.

"Selain itu, WHO menyasarkan menetapkan semua kenderaan mematuhi had laju yang ditetapkan. Pada masa sama, pengguna motosikal harus menggunakan topi keledar mengikut piawaian dan penggunaan secara betul.

"Ini termasuklah, pengguna kereta perlu menggunakan tali pinggang keledar dan kerusi keselamatan kanak-kanak," katanya kepada Majoriti.

Dalam pada itu, Kulanthayan juga berkongsi hasrat beliau tentang perubahan yang perlu dilakukan oleh Kementerian Pengangkutan menjelang 2030:

1) Had laju zon sekolah

file7fkt189hbn9le2h4g8

Sekolah merupakan antara kawasan yang mempunyai ramai pejalan kaki.

Kulanthayan menyarankan agar semua zon sekolah ditetapkan pada had kelajuan maksimum 30 kilometer sejam (km/j).

Memberi contoh pelaksanaan perkara itu di luar negara, beliau berkata, WHO pernah melakukan gesaan tersebut disebabkan jumlah pengguna jalan kaki yang ramai di kawasan sekolah.

"Had tahan kecederaan seseorang adalah maksimum 30km/j. Ini bermaksud jika ada kereta berkelajuan 50km/j melanggar seseorang pejalan kaki, kemungkinan besar akan jadi kemalangan maut.

"Ini disebabkan badannya tidak mampu menahan kecederaan. Oleh itu, memang patut ada signboard (papan tanda) had laju 30km/j di kawasan yang mempunyai ramai pejalan kaki terutamanya di sekolah," katanya.

2) Kuat kuasa tali pinggang keledar dan kerusi keselamatan kanak-kanak

file7b9oz3066edxy6se217

Undang-undang berkaitan pemakaian tali keledar tempat duduk belakang kenderan sudah diluluskan, namun belum dikuatkuasakan.

Tambahnya, kerajaan pada 2009 sudah pun meluluskan undang-undang penggunaan tali keledar tempat duduk belakang kenderaan.

Namun, sehingga kini, katanya, tiada siapa yang menggunakan alat keselamatan terbabit.

Beliau berkata, undang-undang berkaitan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak sudah diluluskan namun belum dikuatkuasakan.

"Selain orang dewasa, kita pun nak memastikan keselamatan kanak-kanak.

"Kalau tak guna pun tak kena tahan. Sebab itu kita minta kerajaan kuat kuasa undang-undang yang sudah diluluskan.

"Tujuan kuat kuasa bukan sebab nak dapat duit saman, tapi hanya berniat nak selamatkan nyawa orang ramai," ujarnya.

3) Peruntukan pengangkutan awam

file7nfxzqq7gauc17j49zq

Kerajaan disaran memberi peruntukan keselamatan jalan raya setiap tahun dengan memfokuskan pengangkutan awam.

Sarannya, kerajaan juga perlu menyediakan peruntukan keselamatan jalan raya pada setiap tahun.

Menerusi peruntukan itu, katanya, kerajaan perlu fokus tentang keselamatan pengangkutan awam iaitu rel dan darat.

"Rel tidak berkongsi sama macam darat dan jauh lebih selamat. Tapi tak semua tempat boleh bina rel. Nak lebih lengkap lagi kita perlukan rangkaian sistem pengangkutan darat seperti bas.

"Sebelum ini pun kerajaan pernah bagi diskaun untuk bas dan boleh galakkan orang ramai guna pengangkutan awam. Ini juga boleh diteruskan pada masa akan datang.

"Bukan itu sahaja, majikan pun boleh bagi kad diskaun, yang mana menggalakkan staf datang kerja setiap hari dan tiada lagi alasan," katanya.

4) Lorong motosikal

file7cfpe9puaac1djl85803

Kerajaan juga dicadangkan membina lorong khas buat motosikal di sepanjang jalan raya.

Ulasnya, lebih separuh daripada 30 juta kenderaan yang berada di negara ini merupakan motosikal.

Bagi memberi keselamatan kepada pengguna motosikal, beliau menyarankan kerajaan supaya membina lorong khas buat kenderaan tersebut di sepanjang jalan raya.

"Dari segi kematian, 68 peratus yang maut adalah penunggang motosikal. Oleh itu, pembinaan itu diharap lebih selamat kerana tidak berkongsi dengan pengguna jalan raya lain," tambahnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram