Antara pengaruh dan kredibiliti, siapa patut jadi ketua pembangkang?


  • Politik
  • Rabu, 07 Dis 2022

Sama ada Muhyiddin atau Abdul Hadi bakal menjadi Ketua Pembangkang.

TEKA-TEKI siapa bakal menjadi Ketua Pembangkang di bawah gabungan Perikatan Nasional (PN) masih lagi belum diketahui.

Terbaharu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa calon Ketua Pembangkang sudah diputuskan dua hari lalu dan hanya akan diumumkan pada 19 Disember depan.

Kemungkinan paling besar siapa yang bakal mengetuai barisan pembangkang di Dewan Rakyat itu pastinya tertumpu kepada dua nama sahaja iaitu Muhyiddin dan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Tetapi, siapa yang lebih layak? Muhyiddin atau Abdul Hadi? Seorang mempunyai pengaruh yang besar manakala seorang lagi mempunyai kredibiliti dan pengalaman sebagai Perdana Menteri.

Majoriti berhubung dengan dua penganalisis politik untuk berkongsi pandangan siapa yang lebih layak memegang gelaran paling 'panas' itu.

PUTRAJAYA, April 25 -- Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin during special interview at his office at Perdana Putra today.--fotoBERNAMA (2020) COPY RIGHTS RESERVED

Muhyiddin Yassin

Pernah menjadi Perdana Menteri, penganalisis politik, Mujibu Abd Muis merasakan bahawa Muhyiddin lebih layak untuk bergelar Ketua Pembangkang.

"Sebagai bekas Perdana Menteri, Muhyiddin boleh memainkan peranan yang penting sebagai pembangkang sebab dia mempunyai kredibiliti.

"Lagipun pengalaman yang ada sebelum ini boleh digunakannya untuk membawa suara pembangkang dengan lebih kuat," katanya.

Jelasnya, pembangkang juga mempunyai kerusi yang banyak dan ini menunjukkan bahawa suara mereka akan kuat di Dewan Rakyat.

Disebabkan itu katanya, seseorang yang mempunyai pengalaman seperti Muhyiddin amat diperlukan pembangkang.

"Lagipun Muhyiddin pernah bekerja dengan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) serta terbaharu PN. Kepelbagaian itu menjadikan dia lebih tahu selok belok kesemua parti-parti ini," katanya.

KOTA BHARU, 22 Okt -- Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan pada majlis Himpunan Penyatuan Ummah sempena sambutan 32 tahun pentadbiran membangun Islam di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi.--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Abdul Hadi Awang

Jika mengikut jumlah kerusi yang dimiliki dalam PN, Pakar Geostrategis, Dr Azmi Hassan berkata, dia melihat Abdul Hadi selaku Presiden PAS lebih layak menjadi Ketua Pembangkang.

Namun baginya, berdasarkan pengalaman, cara berhujah, keintelektualan dan sebagainya, Muhyiddin jauh lebih layak.

"Dahulu pada satu ketika, Abdul Hadi pernah dilantik sebagai Duta Khas ke Timur Tengah. Namun tiada sebarang pencapaian pun yang dicatatkannya.

"Malah, menjadi Ketua Pembangkang ini perlu berhujah. Jawatannya sebagai Presiden PAS belum lagi membuktikan dia sebagai penghujah yang baik.

"Jadi bagaimana dia mahu berhujah untuk membangkang? Perkara itu jauh lebih ke belakang jika dibandingkan dengan Muhyiddin," katanya.

Pandangan kedua-dua penganalisis politik ini melihat Muhyiddin lebih mempunyai kredibiliti untuk mengetuai pembangkang walaupun Abdul Hadi mempunyai pengaruh yang lebih dalam PN. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram