Ibu ke kedai, budak 3 tahun terperangkap dalam Exora di Ipoh


  • 112
  • Selasa, 06 Dis 2022

Pihak bomba bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.10 pagi. — JBPM

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun diselamatkan anggota bomba, selepas terperangkap lebih 30 minit dalam sebuah kenderaan di Bercham Raya dekat Ipoh, Perak pada Selasa pagi.

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Tambun, pihak bomba bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.10 pagi.

"Setibanya di lokasi, seorang kanak-kanak didapati terperangkap di dalam kenderaan Proton Exora yang terkunci ketika ibu mangsa keluar membeli barangan runcit.

"Pihak bomba bertindak membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan kemudian diserahkan kepada ibu mangsa dan operasi tamat pada 8.20 pagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram