[INTERAKTIF] Wajah pilihan rakyat, jumlah YB bawah 50 tahun meningkat di Parlimen


  • Primer
  • Isnin, 05 Dis 2022

Kebanyakan ahli parlimen mempunyai pendidikan tertiari, terutamanya dalam bidang undang-undang, pengajian perniagaan atau kejuruteraan.

TREND pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menunjukkan rakyat lebih memilih ahli Parlimen yang lebih muda.

Rakyat Malaysia pada 19 November 2022 lebih cenderung memilih ahli parlimen yang lebih muda iaitu di bawah umur 50 tahun berbanding pilihan raya umum sebelum ini pada 2018.

Bilangan Ahli Parlimen di bawah umur 50 tahun meningkat kepada 84 atau 37.8 peratus daripada 222 anggota Dewan Rakyat, meningkat daripada 72 (32.4 peratus) pada PRU14.

Sementara itu, mereka yang berumur 50 tahun ke atas menyusut kepada sembilan peratus daripada 150 Ahli Parlimen pada PRU14 kepada 137 Ahli Parlimen pada PRU15.

Secara keseluruhannya, umur median Ahli Parlimen menurun sedikit kepada 52.4 berbanding 53.4 pada PRU14.

Bekas ahli parlimen Langkawi berusia 97 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, 85 tahun, kedua-duanya gagal mempertahankan kerusi mereka, tiada lagi wakit rakyat yang berumur 80 tahun ke atas.

Ahli Parlimen tertua kini ialah Fong Kui Lun dari Bukit Bintang, yang berusia 76 tahun.

Sementara itu, Ahli Parlimen termuda pada PRU15 ialah P. Prabakaran dari Batu dan Dr Taufiq Johari dari Sungai Petani, kedua-duanya berusia 26 tahun.

Semuanya akan mula bersidang pada 19 Disember buat kali pertama sebagai ahli Yang Berhormat di Dewan Rakyat yang mulia nanti.

Berikut menunjukkan pecahan umur ahli parlimen semasa berbanding mereka pada PRU14:

Bilangan ahli parlimen berumur 35 tahun ke bawah meningkat 37.5 peratus daripada lapan ahli parlimen pada PRU14 kepada 11 ahli parlimen pada PRU15.

Berikut adalah senarai ahli parlimen termuda:

Berikut menunjukkan perbandingan antara ahli parlimen tertua dalam PRU14 dan mereka yang dipilih pada PRU15:

Latar belakang pendidikan ahli parlimen yang dipilih pada PRU15 adalah hampir sama seperti pada PRU14.

Dengan kebanyakan ahli parlimen mempunyai pendidikan tertiari, terutamanya dalam bidang undang-undang, pengajian perniagaan atau kejuruteraan.

Seramai 109 daripada ahli Parlimen yang baru dilantik adalah muka baharu, tetapi ramai yang berpengalaman luas dan mempunyai pekerjaan termasuk doktor, jurutera, peguam, majistret dan pensyarah universiti.

Pada PRU15, satu keputusan tidak menyebelahi calon wanita.

Walaupun terdapat peningkatan secara beransur-ansur dalam bilangan ahli Parlimen wanita sejak beberapa tahun, PRU15 menyaksikan sedikit penurunan dengan 30 ahli Parlimen wanita berbanding 32 pada PRU14.

The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram