3 calon 'standby' jadi PM jika Anwar gagal pamer prestasi baik


  • Politik
  • Isnin, 05 Dis 2022

Anwar mempunyai tempoh 100 hari bukti kemampuan atau terpaksa berputih mata hilang jawatan.

TEKA-teki mengenai siapakah yang menganggotai barisan Kabinet di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan sudah terjawab.

Bagaimanapun, timbul pula isu berhubung pelantikan Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri yang kurang disenangi segelintir masyarakat.

Ia disebabkan Ahmad Zahid masih mempunyai kes di mahkamah melibatkan isu rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram.

WhatsApp Image 2022-12-04 at 6.23.56 PM

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Difahamkan, perbicaraan tersebut ditangguhkan ke tahun depan oleh Mahkamah Tinggi dan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menetapkan perbicaraan didengar selama 21 hari iaitu pada 16 hingga 19 Januari, 30 dan 31 Januari, 7 hingga 9 Februari, 27 hingga 30 Mac, 10 hingga 13 April dan 15 hingga 18 Mei 2023.

Pelantikan itu sedikit sebanyak mencetuskan kemarahan masyarakat sehingga ada yang meluahkan hilang kepercayaan dan kecewa terhadap keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Anwar masih berdepan cabaran terbesarnya untuk mempamerkan prestasi dalam tempoh 100 hari selepas barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan diumumkan.

KUALA LUMPUR, 14 Nov -- Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Sidang Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini.--fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkuasa menukar Perdana Menteri sekiranya Anwar gagal mempamerkan prestasi cemerlang dalam tempoh 100 hari tanpa perlu mengadakan Pilihan Raya Umum.

Berikut, Majoriti menyenaraikan tiga calon Perdana Menteri sekiranya Anwar gagal mempamerkan prestasi yang baik :

PUTRAJAYA, 10 April -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan perutusan khas yang disiarkan secara langsung menerusi stesen-stesen televisyen dan media sosial di Bangunan Perdana Putra hari ini.--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARAPUTRAJAYA, April 10 -- Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin delivers  Special Message aired live on all television channels and social media platform today.
--fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dikatakan menjadi individu paling layak menggalas jawatan sebagai Perdana Menteri selepas Anwar.

Ia disebabkan Muhyiddin hampir menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri namun beliau dikatakan gagal membuktikan mempunyai majoriti mudah kepada Yang di- Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membuat keputusan melantiknya.

Bekas Perdana Menteri ke-8 yang kini sudah berusia 75 tahun itu berpengalaman luas untuk mentadbir negara berdasarkan pengalaman beliau sebagai pemimpin.

Ahli Parlimen Pagoh itu telah dilantik pada 29 Februari 2020 sebelum meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 16 Ogos 2021 selepas kehilangan kepercayaan majoriti.

Bagaimanapun, jasanya ketika negara dilanda wabak Covid-19 diingati masyarakat menyebabkan beliau popular untuk kembali menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri sekiranya Anwar gagal mempamerkan pencapaian yang baik.

PUTRAJAYA, 7 Julai -- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.Ismail Sabri juga turut kekal memegang porfolio Menteri Pertahanan.--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARAPUTRAJAYA, July 7 -- Senior Minister (Security Cluster) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob was appointed today as Deputy Prime Minister.Ismail Sabri also holds the portfolio of Minister of Defense.--fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

Datuk Seri Ismail Sabri

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi antara calon popular untuk menjadi Perdana Menteri selepas Muhyiddin.

Ismail yang berusia 62 tahun merupakan Perdana Menteri ke-9 selepas dilantik pada 21 Ogos 2021 hingga 10 Oktober 2022.

Pelantikan beliau ketika negara dilanda wabak Covid-19 namun Ismail kekal tenang memimpin negara walaupun berdepan ujian besar.

Cara beliau menangani pandemik Covid-19 disenangi rakyat Malaysia sehingga wabak itu berjaya dibendung dan membuahkan hasil berkat kerjasama semua pihak dan pelaksanaan strategi yang berkesan.

Pada 10 Oktober, Ismail mengumumkan Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 dapat dilakukan.

Umno deputy president Datuk Seri Mohamad Hasan  react during press conference after opening the Wanita, Youth and Puteri wings inconjuction of UMNO 2021 General Assembly at Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur. On right is party secretary-general Datuk Seri Ahmad Maslan. MARCH 27, 2021. — FAIHAN GHANI /The Star

Datuk Seri Mohamad Hasan

Datuk Seri Mohamad Hasan atau lebih dikenali sebagai Tok Mat merupakan calon seterusnya yang dikatakan layak menjadi Perdana Menteri.

Beliau yang berusia 66 tahun pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan sejak 2004 hingga 2018.

Timbakan Presiden Umno itu juga berpengalaman luas dalam dunia perbankan. Beliau pernah bertugas di Arab Malaysian Merchant Bank Berhad dan Bank Bumiputra Malaysia Berhad.

Walaupun tidak mempunyai berpengalaman sebagai Perdana Menteri namun kredibiliti beliau dikatakan mampu memimpin negara ke arah lebih baik.

Terdahulu, Tok Mat antara salah seorang yang diberi kepercayaan menyertai barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan selepas dipilih sebagai Menteri Pertahanan.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram