Bukan nak 'kejar' Azam, tapi mahu SPRM bebas — Rafizi


  • Primer
  • Isnin, 05 Dis 2022

Rafizi akui kenyataannya terhadap Azam Baki disalah tafsir.

KENYATAAN Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkenaan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki adalah supaya badan itu bebas sepenuhnya daripada sebarang pengaruh.

Rafizi berkata, janjinya untuk 'mengejar' Azam jika Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) telah disalahtafsirkan.

"kenyataan berkenaan adalah 'political soundbytes' atau 'news byte'. Apa yang saya maksudkan ialah sekiranya (kita) mengambil alih (sebagai) kerajaan baharu, keutamaan adalah untuk menjadikan segala-galanya bebas dan mengikut undang-undang.

"Bukan Azam sahaja atau sesiapa malah saya sendiri kena berhati-hati dengan apa yang kita buat. Mudah-mudahan tiada campur tangan.

"Semua institusi bebas serta perlu ada semak dan imbang. Maka semua orang harus kekal di landasan yang betul," katanya pada sidang media selepas tiba di kementeriannya pada Isnin.

Terdahulu, Rafizi dalam ucapannya pada 16 November di Johor berkata bahawa Azam akan dipanggil jika PH membentuk kerajaan selepas PRU15.

Tambahnya, Azam akan bertanggungjawab terhadap semua dakwaan penyelewengan yang dilakukan SPRM berhubung serbuan dan rampasan pejabat Invoke Solutions Sdn Bhd. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram