Bukan 1 tapi 4, wajah Amerika Latin bakal perkuat Tok Gajah musim depan


  • Podium
  • Isnin, 05 Dis 2022

Empat pemain Amerika Latin bakal menjadi taruhan Sri Pahang harungi Liga Super musim depan.

JENDELA perpindahan melibatkan pasukan kebangsaan masih lagi aktif dengan desas desus dan terbaharu melibatkan Sri Pahang.

Mencatatkan keputusan yang kurang memberansangkan dalam saingan liga musim lalu, Tok Gajah sudah mula merancang rombakan baharu pemain mereka.

Selain tiga pemain import yang ada sekarang dalam skuad iaitu Manuel Hidalgo, Kevin Ingreso dan Kpah Sherman, terdapat empat lagi bintang import yang bakal dibawa masuk Tok Gajah.

Malah, desas desus mengatakan empat pemain itu kesemuanya berasal dari Amerika Latin iaitu dua dari Brazil dan dua dari Argentina.

Musim lalu menyaksikan Sri Pahang banyak bergantung kepada pemain import dan perkara sama juga dilihat akan berlaku untuk musim depan.

Berikut Majoriti senaraikan empat pemain berdarah Amerika Latin yang bakal memperkuatkan skuad Tok Gajah.

manuel-hidalgo-2021

Manuel Hidalgo

Menghasilkan tujuh gol dan 11 bantuan gol dalam semua kejohanan yang disertai Sri Pahang sudah cukup membuktikan bahawa Manuel Hidalgo cukup selesa bermain dalam Liga Super.

Malah, kelibatnya bersama Tok Gajah juga cukup disenangi penyokong dan Hidalgo juga mungkin tidak akan berhijrah memandangkan kontraknya masih berbaki setahun lagi.

Memang ada khabar angin yang mengatakan bahawa pemain muda berusia 23 tahun itu akan bersama kelab lain namun dengan prestasi yang dipamerkan, tidak mungkin Sri Pahang akan melepaskannya.

Kenyataan Hidalgo bahawa dia cukup selesa dan akan terus bermain dengan Sri Pahang ibarat mengesahkan kedudukannya musim depan.

Endrick-dos-Santos-Penang-FC-bukan-dipinjam-JDT (1)

Endrick Dos Santos

Berusia 27 tahun, bekas pemain tengah Pulau Pinang ini nampaknya masih lagi tercari-cari kelab baharunya untuk terus beraksi dalam Liga Super.

Sri Pahang mungkin boleh menggunakan khidmat pemain ini memandangkan dia sudah tidak terikat dengan mana-mana kelab.

Cukup mahir mengawal bahagian tengah menjadi kelebihan buatnya. Malah, dia juga sebelum ini mencatatkan prestasi yang agak cemerlang bersama Pulau Pinang.

Cuma musim lalu agak merudum disebabkan kecederaan. Memasuki musim depan, tak mustahil Endrick akan kembali ke prestasi asalnya sebelum ini.

66931ea0ac9a3aa42f21a7d731d4b59eba5ff1a6

Matias Conti

Pemain yang berasal dari Argentina ini pernah bermain untuk Pahang pada 2013 hingga 2016 dan kini beraksi bersama Deportivo Armenio iaitu kelab liga bawah di Argentina.

Ketika beraksi dalam Liga Super, Conti dianggap sebagai taruhan utama Pahang ketika itu hingga mendapat respons positif daripada penyokong.

Malah, dia juga membantu Pahang menang dua Piala FA iaitu pada 2013 dan 2014. Baru berusia 32 tahun, kudrat Conti masih tinggi untuk bersama Tok Gajah.

Malah, kontrak Conti yang tamat tahun ini juga ibarat membuka peluang untuk Sri Pahang kembali menggunakan khidmatnya.

1683233

Lucas Silva

Menjaringkan sembilan gol bersama Pulau Pinang membuktikan kemampuan yang dimiliki pemain penyerang berasal dari Brazil ini.

Dikhabarkan bakal beraksi bersama Sri Pahang selepas kontrak bersama kelab lamanya tamat, Lucas boleh membantu pasukan itu meraih keputusan yang cemerlang musim depan.

Malah, dia juga boleh digandingkan dengan dua lagi pemain iaitu Hidalgo dan Endrick jika beraksi bersama Tok Gajah.

Gandingan Endrick di bahagian tengah bersama Silva di bahagian serangan boleh menjadikan Sri Pahang sebagai pasukan yang digeruni musim depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram