PEMBENTUKAN barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.
Terdapat netizen yang bersetuju dengan barisan Kabinet yang diumumkan dan ada juga yang kurang senang dengan pelantikan beberapa individu yang menerajui kepimpinan Kerajaan Perpaduan.
Sikap kurang senang itu diluahkan di media sosial kerana mereka menganggap tanggungjawab yang dilaksanakan mereka sebagai pengundi ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini sebagai sia-sia.
Barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan.
Pemilihan individu yang masih mempunyai kes di mahkamah menjadi punca utama kemarahan dan rasa kurang senang tersebut selain pemilihan individu yang kalah pada PRU15 diangkat semula menjadi menteri.
Tidak kurang juga, pembentukan barisan Kabinet tersebut mendapat perhatian ahli politik dari pelbagai parti termasuk Barisan Nasional (BN) itu sendiri.
Ada ahli politik kurang bersetuju dengan pelantikan tersebut kerana merasakan ada individu yang lebih layak menjawat jawatan tersebut terutamanya sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Rakyat kurang senang dengan pelantikan Zahid. —Bernama
Terdapat juga tanggapan bahawa pelantikan tersebut adalah disebabkan rasa terhutang budi selepas Pakatan Harapan terpaksa menagih sokongan BN untuk membentuk kerajaan.
Bagaimanapun, masyarakat harus faham bahawa seseorang individu tidak bersalah selagi tidak terbukti bersalah di mahkamah.
Menjadi tugas berat untuk Anwar membalas kepercayaan dan keyakinan rakyat Malaysia memulihkan negara dengan barisan yang dipilihnya.
Anwar harus membuktikan prestasi selepas pembentukan barisan kabinet Kerajaan Perpaduan.
Berikut, Majoriti menyenaraikan antara komen orang ramai berhubung pembentukan barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan :
"Sepatutnya Zahid tak perlu minta jawatan kalau dia pemimpin berjiwa besar dan ikhlas dengan perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Saya faham DSAI terpaksa berbuat demikian, mungkin ini tidak terjadi jika Perikatan Nasional bersama-sama kerajaan," kata Nor Hasnida.
"Saya betul kecewa dengan keputusan Perdana Menteri kali ini. Apa kredibiliti beliau sehingga diangkat begitu. Saya menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim namun tiada ayat nak sampaikan melainkan rasa yang amat kecewa," jelas Sharizal Ismail.
"Sokong sahajalah, bagi peluang dulu tengok macam mana Kerajaan Perpaduan ni, selagi agama dan bangsa tidak dihina serta ditindas kita sokong," kata Muhammad Rafi.
Senarai Menteri Kerajaan Perpaduan.
"Saya percaya Anwar terpaksa lantik Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM), kalau tak lantik dia boleh tarik sokongan maka kerajaan akan runtuh. Ini amat merisikokan pemulihan ekonomi, negara dan rakyat," jelas Nizukarnain Othman.
"Rakyat pasti ramai yang agak kecewa dengan pelantikan TPM, namun saya yakin dengan kredibiliti DSAI dan jemaah menteri dapat melaksanakan tanggungjawab dan amanah dengan baik.
"Kita tidak tahu rancangan yang disusun DSAI untuk jemaah menteri dan rakyat. Mudah-mudahan semua bekerjasama untuk memacu negara dengan lebih baik dari sebelumnya.
"Untuk TPM good luck. Kes mahkamah yang menanti. Hakim-hakim Negara tidak lagi dipilih oleh PM. Dengan adanya kerjasama dari istana moga kebenaran dapat terungkap," luah Mujahidah Nasuha — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram