Dua 'guard' warga Nepal maut, muka pecah dihentak guna tukul di Seremban


  • 112
  • Ahad, 04 Dis 2022

Pegawai polis di tempat kejadian bersama lelaki Nepal yang ditemui berhampiran mayat. — Bernama

DUA warga asing ditemui maut dengan kesan kecederaan hentakan di muka di rumah kedai Pusat Komersial Oakland, Seremban pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam kira-kira 6.45 petang Sabtu dan sejurus tiba ditempat kejadian polis menemukan tiga warga Nepal termasuk seorang lagi yang berada dalam keadaan normal.

Katanya kedua-dua mangsa itu merupakan pengawal keselamatan berusia 35 tahun dan 46 tahun berada di lokasi kejadian yang merupakan tempat pekerja mengambil makanan.

"Setelah tiba di lokasi kejadian, polis mendapati dua lelaki bangsa Nepal telah mati dan seorang lagi masih dalam keadaan normal. Motif kejadian masih dalam siasatan.

Keadaan kedua-dua mangsa adalah terlentang berada berjauhan antara satu sama lain dan terdapat kecederaan di bahagian muka dipercayai ada kesan hentakan tetapi polis masih memerlukan pemeriksaan forensik,” katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Beliau berkata, polis mendapati lelaki yang berada bersama mangsa tersebut dipercayai di bawah pengaruh alkohol selain turut menemukan tukul yang disyaki senjata digunakan dalam kes itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram