Anwar bakal digelar Bapa Reformasi Malaysia?


  • Politik
  • Selasa, 29 Nov 2022

Rakyat mengharapkan Anwar (kiri) mampu mengembalikan kestabilan ekonomi dan membawa perubahan kepada negara.

SEJAK mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, negara ini menyaksikan seramai 10 individu dilantik menjadi Perdana Menteri.

Bermula dengan pimpinan Bapa Kemerdekaan iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada tahun 1955 hingga 1970 sebelum diteruskan Tun Abdul Razak Hussein pada1970 hingga 1976 yang diberi gelaran Bapa Pembangunan.

Legasi kepimpinan seterusnya diterajui Bapa Perpaduan iaitu Tun Hussein Onn pada tahun 1976 hingga 1981.

WhatsApp Image 2022-11-28 at 6.21.58 PM

(Dari kiri:) Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn dan Tun Abdul Razak.

Malaysia kemudiannya berkembang pesat dan mendapat perhatian dunia di bawah pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad yang digelar sebagai bapa Pemodenan pada tahun 1981 hingga 2003 sebelum Tun Abdullah Badawi menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri pada 2003 hingga 2009 sehingga menerima gelaran Bapa Pembangunan Modal Insan.

Malaysia seterusnya dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2009 hingga 2018 dan dikenali sebagai Bapa Transformasi.

WhatsApp Image 2022-11-28 at 6.24.58 PM

Tun Abdullah Badawi dan Tun Dr. Mahathir Mohamad

Senario politik di negara ini mula menunjukkan kegoyahan dan menyaksikan perubahan landskap selepas Barisan Nasional gagal mengekal kuasa buat pertama kali selepas lebih enam dekad mentadbir negara.

Pentadbiran negara sekali lagi diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke-7 selama dua tahun iaitu 2018 hingga 2020.

WhatsApp Image 2022-11-28 at 6.29.16 PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Keadaan politik terus goyah apabila berlaku perebutan kuasa sehingga berlakunya Langkah Sheraton dan menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri ke-8 pada 2020 hingga 2021.

Era pentadbiran seterusnya dipimpin oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 2021 hingga 2022 dan sejak pentadbiran Muhyiddin, tiada gelaran diberikan oleh kedua-dua pemimpin tersebut.

Bagaimanapun, pelantikan Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 November seakan memberi nafas baru kepada rakyat yang mahukan kestabilan ekonomi dan mengurangkan kos sara hidup.

WhatsApp Image 2022-11-28 at 6.34.13 PM

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Anwar Ibrahim

Terdapat netizen mula memberi gelaran Bapa Reformasi kepada Anwar yang dianggap mampu membawa perubahan selain mengembalikan kegemilangan kepada negara.

Perjuangan Anwar kira-kira 25 tahun untuk menjadi Perdana Menteri berdepan macam-macam onak dan duri dengan pelbagai peristiwa dilalui Perdana Menteri ke-10 itu.

Dikhabarkan, ramai pejuang setia di belakang Anwar menitiskan air mata sewaktu beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Khamis minggu lepas.

download

Profesor Dr. Barjoyai Bardai

Menurut Penganalisis Ekonomi, Profesor Dr. Barjoyai Bardai, setakat ini, gelaran tersebut sesuai diberikan kepada Anwar.

"Masih terlalu awal untuk memberi gelaran kepada Anwar kerana beliau baru sahaja menjadi Perdana Menteri.

"Namun, sekiranya beliau berjaya mentadbir negara dengan baik dan mampu menunjukkan prestasi cemerlang, gelaran tersebut sesuai digunakan.

"Beliau setakat ini harus fokus menyusun strategi dan memulihkan negara termasuk membawa rakyat ke arah kehidupan lebih baik," katanya kepada Majoriti.

PORT DICKSON, 13 Okt -- Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) dari calon Pakatan Harapan meraikan kemenangan bersama penyokongnya selepas menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.132 Port Dickson di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan malam ini.Turut sama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (dua, kanan).--fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

Anwar menang besar di Parlimen Tambun menewaskan penyandang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Sementara itu, tinjauan di media sosial mendapati rata-rata orang ramai mula memberi gelaran Bapa Reformasi kepada Anwar.

Netizen menyifatkan gelaran Bapa Reformasi merupakan paling sesuai digelarkan selepas perjuangannya selama lebih dua dekad untuk menjadi Perdana Menteri menjadi kenyataan.

WhatsApp Image 2022-11-28 at 6.11.50 PM

Gerakan Reformasi yang berlaku sekitar 1998.

Difahamkan, laungan keramat 'Reformasi' turut bergema di seluruh negara sejurus Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10.

Laungan tersebut menandakan penyokong tegar pemimpin itu mengharapkan perubahan kepada negara dan semua mata ke arah beliau untuk melakukan reformasi yang diharapkan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram