DENGAN sekatan perjalanan Covid-19 yang ditarik balik pada bulan lalu, Taiwan berharap untuk mewujudkan negara itu sebagai destinasi percutian pilihan untuk pelancong Muslim termasuk Malaysia.
Pengarah Biro Pelancongan Taiwan Kuala Lumpur Malaysia, Filipina, Indonesia dan Brunei, Abe Chou berkata, Taiwan tidak menjadi destinasi pilihan dalam kalangan pelancong Muslim.