SEORANG pelajar ditemukan lemas ketika bermain rakit di Danau Bonardo, Desa Cipeucang, daerah Cileungsi, Kabupaten Bogor, Jawa Barat, Indonesia pada Khamis.
Pelajar lelaki berusia 17 tahun itu yang hanya dinamakan sebagai DF, merupakan penduduk Jonggol ditemui mati pada Khamis kira-kira pukul 8:30 pagi waktu Malaysia.
"Pencarian DF yang lemas Rabu lalu akhirnya membuahkan hasil. Pihak berkuasa menemui mangsa dalam keadaan meninggal dunia," kata Ketua Polis Cileungsi, Kompol Zulkarnaen dalam kenyataan pada Khamis.
Zulkarnaen berkata, mangsa lemas akibat keletihan sewaktu berenang untuk menyelamatkan diri.
Kejadian malang itu berlaku apabila mangsa bersama rakannya menaiki rakit tradisional di Tasik Bonardo petang Rabu lalu.
Ketika berada di tengah tasik, rakit yang dinaiki mangsa dan rakannya hilang imbangan dan terjatuh.
Mereka kemudian berenang ke pantai untuk menyelamatkan diri namun DF keletihan dan akhirnya lemas.
“Rakan mangsa yang berenang ke tepi tasik berjaya menyelamatkan diri, manakala mangsa yang panik tidak dapat menyelamatkan diri sehingga lemas,” katanya.
Pada petang itu, rakan mangsa cuba untuk mencarinya tetapi tidak berjaya.
Oleh itu, mereka mengambil keputusan untuk melaporkannya kepada polis.
Pegawai yang menerima laporan segera mencari mangsa dibantu pasukan mencari dan menyelamat (SAR) bersama pelbagai agensi.
Proses mencari mangsa mengambil masa selama 16 jam sehingga ia membuahkan hasil pada hari kedua.
“Kami segera membawa jenazah mangsa ke rumah pengebumian di kompleks perumahan Citra Indah, Daerah Jonggol, untuk dikebumikan segera oleh keluarga,” akhirinya.
Bagaimanapun, tular video detik-detik mangsa cuba untuk berenang bagi menyelamatkannya dirinya.
Dalam video berkenaan kedengaran gelak tawa rakan-rakan mangsa lain sewaktu DF cuba terjatuh dan cuba untuk menyelamatkan diri.
Tindakan rakannya yang turut berada di tempat kejadian berkenaan mendapat kecaman daripada warganet.
Hal ini kerana, warganet berpendapat jika mereka bertindak lebih awal, pasti mangsa boleh diselamatkan.
“Contoh pelajar sekarang, kawan jatuh bukannya nak selamatkan tapi diketawakan,” kata pemilik akaun Instagram, adrie.blusky.
“Hebatnya zaman sekarang, ada mangsa tidak boleh berenang bukannya ditolong. Malah seronok merakam kejadian, padahal ramai orang menyaksikan kejadian itu,” tulis pemilik akaun, nahi1278. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram