GRS tidak tuntut jawatan TPM, fokus bangunkan Sabah — Hajiji


  • Politik
  • Sabtu, 26 Nov 2022

Hajiji hanya ingin memberi fokus kepada pemulihan ekonomi dan membangunkan negeri Sabah.

KERAJAAN negeri Sabah menyerahkan pemilihan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) kepada Kerajaan Persekutuan.

Ketua Menteri Sabah, kata Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak membuat sebarang tuntutan berhubung kedudukan kedua terpenting negara dalam kerajaan perpaduan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Kami tidak menuntut, terpulang kepada kerajaan baharu di Putrajaya,” memetik sebuah portal berita tempatan pada Jumaat.

Pengerusi GRS itu menjawab soalan pemberita mengenai jawatan yang ditawarkan Pakatan Harapan sebelum ini sekiranya berjaya menerajui kerajaan pada PRU15.

Ketika ditanya mengenai reaksi Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap keputusan GRS menyokong kerajaan perpaduan, Hajiji berkata, beliau yakin bekas perdana menteri itu memahami gabungannya mengutamakan Sabah.

“Kami memikirkan kepentingan negeri Sabah di bawah GRS, yang mana kami memberi keutamaan kepada Sabah.

“Jadi saya rasa dia tahu dan faham keputusan kami.

“Saya rasa kami tidak mempunyai masalah kerana ini adalah keputusan kami dalam GRS,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kerjasama antara GRS dan Barisan Nasional Sabah, Hajiji berkata ia berjalan lancar.

“Ia kelihatan baik sebagai kerajaan perpaduan.

“Apa yang penting kita fokus kepada pemulihan ekonomi dan membangunkan negeri Sabah.

“Kami mahu menjaga kesejahteraan rakyat, itu yang paling penting,” katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram