Bekas rakan seperjuangan Anwar, Dr Sidek Baba meninggal dunia


  • Primer
  • Sabtu, 26 Nov 2022

Allahyarham juga merupakan bekas rakan karib Anwar sewaktu bersama dalam ABIM.

TOKOH pendidikan Prof Datuk Dr Sidek Baba menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Perkara itu disahkan anak Allahyarham, Izzudin dalam laman Facebooknya.

Dia memaklumkan jenazah bapanya masih berada di PPUM untuk pengesahan Covid-19.

"Mohon didoakan agar roh ayahanda dicucuri rahmat dan tergolong dalam kalangan para solihin dan muttaqin,” katanya.

Sidek, 76, dilahirkan di Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka.

Beliau pernah menerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan pada 2009 selain dilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan pada 2010 dan Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Hal Ehwal Pembangunan Pelajar) dari 1994 hingga 2002.

Allahyarham juga merupakan bekas rakan karib Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu bersama dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram