Zahid Hamidi tepis kenyataan letak jawatan tertinggi BN, Umno


  • Politik
  • Rabu, 23 Nov 2022

Ahmad Zahid turut menasihati agar orang ramai tidak mengeruhkan lagi keadaan dengan kenyataan palsu berkenaan.

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan kenyataan tular, yang mendakwa beliau telah meletak jawatan sebagai pengerusi Barisan Nasional (BN) dan presiden Umno.

Dalam satu kenyataan di Facebook rasminya pada Rabu, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, surat atau kenyataan media yang disebarkan adalah palsu dan rekaan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ahmad Zahid turut menasihati agar orang ramai tidak mengeruhkan lagi keadaan dengan kenyataan palsu berkenaan.

“Surat yang disebarkan itu adalah palsu dan ia dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Mari kita sama-sama mendoakan yang terbaik dalam situasi sekarang ini,” katanya dalam catatan Facebook pada Rabu.

palsu

Kenyataan tular berkenaan.

Terdahululu, satu kenyataan yang tular bertarikh 322 November memberitahu bahawa Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan memangku jawatan Ahmad Zahid sebagai pengerusi gabungan BN berkenaan.

Ia mendakwa bahawa mesyuarat tergempar telah diadakan pada Selasa, dihadiri oleh kepimpinan Barisan dan pemimpin tertinggi untuk memutuskan gabungan mana yang akan disokong oleh Barisan untuk membentuk kerajaan seterusnya.

Pada PRU15 kalini ini penyandang kerusi Parlimen Bagan Datuk itu, memperoleh 348 majoriti dengan 16,578 undi.

Ahmad Zahid mengalahkan tiga calon parti lain, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH-PKR) dengan 16,230 undi, Dr Muhammad Faiz Na'aman (PN-Bersatu) 8,822 dan Tawfik Tun Dr Ismail (Bebas) 226 undi.

Sementara itu, PRU15 menyaksikan BN hanya memperoleh 30 kerusi Parlimen, Pakatan Harapan (82), Perikatan Nasional (73), Gabungan Parti Sarawak (23), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Warisan (tiga), Parti Bangsa Malaysia serta Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat masing-masing satu manakala Bebas (dua).— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Ahmad Zahid, jawatan, BN, tular, PRU15