BN-PN bertembung di Tioman, cabar calon PAS


  • Politik
  • Rabu, 23 Nov 2022

Nor Idayu (kiri) yang merupakan suri rumah dipilih dalam kalangan pimpinan akar umbi PN bagi mewakili suara wanita dalam DUN Pahang. — Facebook/Nor Idayu

PERIKATAN Nasional (PN) Pahang dan Barisan Nasional (BN) dijangka bertembung dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, meskipun kedua parti itu didakwa sedang berbincang untuk membentuk kerajaan negeri.

Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mengumumkan, gabungan itu akan bertanding dalam pilihan raya dengan mengekalkan calon daripada PAS.

logopru

Beliau berkata, Pesuruhjaya PAS negeri, Rosli Abdul Jabar telah mengemukakan nama calonnya untuk pilihan raya yang ditetapkan akan dilaksanakan pada 7 Disember.

"Calon yang dipilih ialah Nor Idayu Hashim, 35. Beliau dipilih daripada kalangan pemimpin akar umbi untuk mewakili suara wanita di DUN Pahang," kata Saifuddin dalam satu kenyataan pada Rabu.

PUTRAJAYA, 1 Sept -- Menteri Luar Negeri Datuk Saifuddin Abdullah ketika sesi sidang media secara hibrid selepas memulakan tugasnya sebagai menteri di kementerian berkenaan hari ini.
--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Saifuddin berkata, PN mengekalkan calon dari PAS bagi Pilihan Raya DUN Tioman

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi DUN Tioman yang sepatutnya diadakan pada 19 November lepas, ditangguhkan susulan kematian calon PN, Md Yunus Ramli pada pukul 3.30 pagi pada hari pengundian pilihan raya tersebut.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh menetapkan 7 Disember ini untuk hari pengundian bagi DUN Tioman, manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 24 November dan hari pengundian awal pada 3 Disember.

Menurut Abdul Ghani, anggaran kos pilihan raya adalah kira-kira RM3 juta.

Ia sepatutnya melibatkan pertembungan lima penjuru antara penyandang kerusi itu, Datuk Seri Mohd Johari Hussain yang mewakili Barisan Nasional (BN), Md Yunus, Sulaiman Bakar (Bebas), Osman A. Bakar (Pejuang) dan Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH).

DUN Pahang masih kekal dalam keadaan seimbang, dengan tiada satu pun daripada tiga gabungan Barisan, Pakatan dan Perikatan mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri.

Selepas PRU15, Perikatan memegang 17 kerusi DUN di Pahang, Barisan dengan 16 dan Pakatan dengan lapan.

Tioman, sebagai kerusi yang dipegang oleh penyandang Johari, menjadi lebih penting kepada BN kerana jika mempertahankan kerusi itu akan meletakkan parti berkenaan setaraf dengan Perikatan.

Ini kerana, rundingan didakwa sedang berjalan antara Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengenai pembentukan kerajaan negeri.

Pada Rabu, Tuan Ibrahim yang merupakan ADUN Cheka yang baru dilantik, menyiarkan gambar dirinya dalam gambar berkumpulan bersama Wan Rosdy di Facebook. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram