PN tawan Perlis, hanya kalah satu kerusi DUN


  • Politik
  • Ahad, 20 Nov 2022

PN berjaya menawan 14 daripada 15 kerusi DUN yang dipertandingkan di PRN Perlis.

PENGERUSI Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh mengumumkan bahawa Perikatan Nasional (PN) berjaya meraih majoriti kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Perlis.

Daripada 15 kerusi yang dipertandingkan, PN berjaya menguasai 14 kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH) hanya mampu meraih satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Indera Kayangan.

Perkara itu dimaklumkannya pada sidang media SPR di Putrajaya bagi memaklumkan perkembangan terkini Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di mana PRN turut diadakan di tiga negeri iaitu Perlis, Perak dan Pahang.

Sebelum ini, kerajaan negeri itu dipegang Barisan Nasional (BN) selepas menawan 10 kerusi ketika PRN pada 2019.

Sementara itu, keputusan PRU di negeri tersebut menyaksikan kesemua tiga kerusi yang dipertandingkan berjaya diletakkan di bawah kuasa PN dengan masing-masing meraih majoriti selesa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram