Calon PN DUN Tioman meninggal dunia


  • Politik
  • Sabtu, 19 Nov 2022

Md Yunus Ramli yang merupakan calon Perikatan Nasional meninggal dunia pada Sabtu.

CALON Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Md Yunus Ramli meninggal dunia kira-kira 3.30 pagi pada Sabtu di Hospital Rompin, Pahang.

Perkara itu disahkan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Wan Rohimi Wan Daud kepada Bernama.

PRU15

Md Yunus daripada PAS yang sebelum ini pernah bertanding di kerusi sama pada PRU14 merupakan Ketua Pas Cawangan Sungai Puteri dan Pengarah 2 Jawatankuasa Pilihanraya Kecil DUN Tioman.

Beliau juga merupakan bekas Timbalan Presiden Bola Sepak Daerah Rompin.

Hari ini (Sabtu) adalah hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bagi PRU15, DUN Tioman menyaksikan pertembungan lima penjuru antara Md Yunus, Sulaiman Bakar (Bebas), Osman A. Bakar (Pejuang), Mohd Fadzli Mohd Ramly (Pakatan Harapan) dan Datuk Seri Mohd Johari Hussain (Barisan Nasional). — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram