[VIDEO] ‘Free show’, berpuluh pelajar lelaki kemaruk rakam 3 remaja perempuan bergomol


  • Benua
  • Sabtu, 19 Nov 2022

Tangkap layar tiga pelajar perempuan saling bergaduh dan menarik rambut antara satu sama lain berhampiran kawasan kolej di India.

PERGADUHAN antara tiga pelajar perempuan berhampiran kawasan sebuah pusat pengajian di India menarik perhatian lebih puluhan lelaki untuk merakamnya.

Tanpa diketahui punca kejadian itu berlaku, tiga pelajar berkenaan saling memukul dan menarik rambut antara satu sama lain.

Berdasarkan video yang tular sejak Jumaat, seorang lagi remaja kelihatan berusaha untuk meleraikan pergaduhan itu, namun tidak berjaya.

Sementara itu puluhan pelajar lelaki yang mengelilingi mereka hanya bersorak dan saling tidak sabar untuk merakam insiden memalukan itu dengan telefon bimbit masing-masing.

Kesemua mereka juga tidak berusaha untuk menghentikan ‘drama’ tiga pelajar perempuan itu.

Insiden yang berlaku di Jalan Gangapur, Nashik, India itu bagaimanapun akhirnya dileraikan oleh pegawai keselamatan kolej.

Semua pelajar yang ada kemudiannya bersurai dan segera melarikan diri dari lokasi kejadian.

Punca sebenar kejadian masih disiasat manakala ketiga-tiga pelajar perempuan terbabit difahamkan telah diambil keterangan oleh pihak kolej. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram