[TIDAK RASMI] Alexander hampir pasti pertahankan kerusi Kapit


  • Politik
  • Sabtu, 19 Nov 2022

Alexander berjaya mengumpul 10,177 undi yang mengatasi pencabar terdekat, Pangkas Unggang yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dengan hanya 2,211 undi.

KEPUTUSAN tidak rasmi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan calon panas Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mendahului dengan majoriti lebih 10,000 di P215 Kapit, Sarawak.

Berdasarkan pengiraan setakat pukul 7.30 petang, beliau berjaya mengumpul 10,177 undi yang mengatasi pencabar terdekat, Pangkas Unggang yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dengan hanya 2,211 undi.

Sementara itu, seorang lagi pencabar kerusi itu, Robert Saweng yang bertanding dengan tiket Parti Bangsa Dayak Sarawak hanya mengumpul 827 undi.

Setakat ini, kiraan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyaksikan sebanyak 13,215 kertas undi dikira, iaitu kira-kira 25 peratus daripada jumlah pengundi berdaftar. — Majoriti

MENYUSUL

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram