EMPAT adik-beradik membuang undi sebagai sebuah keluarga buat pertama kali pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pengundi berusia 20 hingga 29 tahun itu berkata, perkara itu menjadi satu detik yang amat diingati kerana mereka dapat mengundi sebagai sebuah keluarga di kerusi Parlimen Batu di ibu negara.
Pelajar, Divya Karasi Krishnan, 21, berkata, mereka memastikan untuk meneliti proses pengundian sebelum membuang undi.
“Sitausi menjadi mudah dan menyenangkan, walaupun pada kali pertama, perasan teruja itu ada," katanya.
Adiknya, Ganesh Kumar, 20, menambah bahawa dengan senarai panjang calon untuk dipilih mereka telah membaca manifesto dan latar belakang mereka.
“Adalah penting kita tahu orang yang kita pilih untuk mewakili kita,” katanya.
Sementara itu, kakaknya, Salini Devi, 29, yang mengundi buat kali kedua berkata, mereka memastikan tidak membincangkan siapa yang mereka undi secara individu.
“Dalam keluarga kami, kami tidak membincangkan siapa yang hendak diundi kerana pilihan peribadi. Kami membuat keputusan sendiri tentang siapa yang harus dipilih,” katanya.
Adik-beradik itu ditemani bapa mereka di pusat mengundi Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa, Batu 3 di ibu negara pada pagi Sabtu. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram