KPN tepis dakwaan hubungi Anwar minta bersedia angkat sumpah PM


  • Primer
  • Sabtu, 19 Nov 2022

Acryl Sani nafi menghubungi Anwar untuk memberitahunya bersedia membentuk kerajaan baharu.

KETUA Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menafikan dakwaan kononnya dia menghubungi Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar bersiap sedia untuk membentuk kerajaan.

Kata Acryl Sani, dakwaan tersebut nyata tidak benar, namun beliau tiada perancangan untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang.

“Saya tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan berhubung ucapannya yang menyebut Ketua Polis Negara menghubunginya dalam ceramah kempen.

“Boleh jadi Anwar tersilap kata kerana terlalu ghairah menyampaikan ucapan,” katanya kepada media pada Sabtu.

Sebelum ini tular video ucapan ceramah Anwar memberitahu Ketua Polis Negara memintanya bersedia kerana dipercayai PH akan menang besar.

Perkara itu dibuat berikutan dakwaan Anwar yang mengatakan Pakatan Harapan (PH) akan memenangi 112 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram