POLIS sedang menyiasat video tular melibatkan seorang lelaki yang menyerang wanita di hadapan kanak-kanak perempuan baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya membuat pertimbangan untuk mengenakan tindakan sewajarnya terhadap kes tersebut.
“Kami sedang mengambil tindakan sewajarnya berhubung kes ini,” jelasnya.
Terdahulu Majoriti melaporkan video tular berdurasi seminit itu menunjukkan seorang lelaki tidak berbaju menarik rambut wanita kemudian mengheretnya.
Mangsa kemudian dipukul dan ditendang beberapa kali sementara seorang kanak-kanak turut berada di tempat kejadian menangis selain beberapa kali kedengaran merayu memohon maaf. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram