Pecutan akhir sebelum PRU15, Pak Long aktif di TikTok, ada stail tarik undi anak muda


  • Politik
  • Selasa, 15 Nov 2022

Ismail Sabri antara calon senior yang turut aktif menggunakan TikTok sebagai medium kempan termasuk Syed Saddiq, Shahril Hamdan, Jo-Anna Sue dan Young Syefura.

BERBAKI kurang seminggu sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), tentu sahaja membuatkan ramai calon berusaha sebaik mungkin untuk memancing undi.

Selain rancak mengadakan kempen atau turun padang untuk bersemuka dengan pengundi, calon juga aktif menggunakan media sosial untuk ‘menjual diri’.

Perkara itu termasuk menggunakan aplikasi TikTok yang dilihat secara tidak langsung dapat menarik pengundi belia.

PRU15

Salah seorang yang lihat ‘kencang’ menggunakan TikTok sebagai salah satu medium kempen ialah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau memiliki pengikut sekitar 319,800 dengan jumlah 1.7 juta tanda suka di TikTok. Video yang dimuat naik kebanyakkannya lebih santai dan memiliki sisi humor.

Boleh dikatakan Perdana Menteri Malaysia kesembilan itu kerap memuat naik video sekitar satu atau tiga kali sehari.

Antara video yang mendapat tanda suka paling banyak adalah rakaman dengan kapsyen Kebahagiaan yang dimuat naik pada 1 November lalu.

Video tersebut mendapat 1.3 juta tontonan dan 101,800 tanda suka antara yang mencuri perhatian warganet.

Perkara itu berbeza dengan perkongsian di Facebook beliau yang dilihat lebih serius dan matang.

Meskipun tidak terlalu rancak seperti TikTok, Ismail Sabri tetap menggunakan medium digital itu sebagai salah satu agenda kempen PRU15.

Perkongsian Ismail di TikTok boleh dikatakan setanding Presiden Parti Ikatan Demokratik (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul yang juga calon bagi Parlimen Muar, Johor.

313482812_121962260676311_68753316457481177_n

Instagram Syed Saddiq

Dianggarkan sekitar satu atau dua video akan dikongsikan beliau dalam tempoh sehari.

Pemimpin yang terkenal dengan sapaan salam, assalamualaikum, da jia hao, vannakkam, sat sri akaal, memiliki 813,100 pengikut dan 11.8 juta tanda suka.

Tidak ketinggalan calon mewakili Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Kuala Langat, Shahril Hamdan.

ezgif-4-465209fc7f

Instagram Shahril Hamdan

Platform digital itu bukan sahaja digunakan untuk berkongsi pandangan tentang masa depan parti, tetapi turut sarat dengan rangkuman kempen pilihan raya.

Sementara itu, calon Parti Warisan (Warisan) Parlimen Tuaran, Sabah, Jo-Anna Sue Henley Rampas yang merupakan Naib Juara Bintang RTM 2009 memiliki kekuatan dengan pengikut 45,700 manakala 161,700 tanda suka.

275502735_696340004715056_6684699108212298911_n

Instagram Jo-Anna

Tidak hanya berkongsikan tentang video berkempen, malah Jo-Anna Sue turut menjadikan ia sebagai salah satu medium mempromosikan budaya masyarakat Sabah.

Berikutnya, tidak ketinggalan calon Pakatan Harapan (PH), kerusi dun Ketari, Pahang, Young Syefura Othman.

Dengan jumlah pengikut sebanyak 89,500 dan 218,500 tanda suka.

313097226_1289884661865515_9057195226909778425_n

Instagram Young Syefura

Pengikut tidak hanya dapat melihat perkongsian tentang aktiviti politik malah turut diselitkan mengenai rutin hariannya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram