PROSES pengundian anggota tentera yang berdaftar sebagai pengundi pos bermula 7 November lalu akan menerima Samul Keutamaan Kertas Undi Pos (SKKUP) yang dikeluarkan oleh pengawai pengurus pilihan raya.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Panglima Angkatan Tentara (PAT) Jeneral Tan Sri Affendi Buang yang turut memaklumkan pengundian akan diteruskan sehingga 19 November sebelum pukul 5 petang.
“Pada 15 November merupakan hari pengundian awal Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasangan masing-masng seperti yang diwartakan dalam Daftar Pilihan Raya.
“Pengundian awal itu melibatkan kira-kira 146,737 orang.
“Sebanyak 153 pusat pengndian awal ATM diwartakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk anggota dan pasangan masing-masing di seluruh negara.
“ATM berharap proses pengundian berjalan lancar bagi membolehkan setiap anggota menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada 13 November.
Affendi membuat kenyataan itu selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa anggota tentera khususnya di Bera, Pahang dipercayai sudah membuang undi pada Jumaat, 11 November lalu dan dibayar RM300 setiap seorang.
Anwar juga mendakwa mempunyai bukti untuk mengesahkan dakwaannya dan meminta siasatan dijalankan.
Sementara itu, Affendi memberitahu ATM sentiasa menyokong sistem demokrasi berparlimen di bawah Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.
Katanya, sebagai angkatan tentera yang taat kepada Raja, anggotanya mematuhi norma integriti dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab demi kesejahteraan negara.
“Apa yang penting ATM akan terus berusaha memperkukuhkan benteng pertahanan dan bersedia menjalankan tanggungjawab kepada kesejahteraan negara.
“Terutama dalam keadaan sekarang apabila negara dilanda Monsun Timur Laut yang dijangka bermula pada 7 November sehingga Mac 2023. ATM bersedia menggerakkan aset sekiranya berlaku banjir besar di negari yang dilanda bencana itu,” jelasnya.
Affendi menambah, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November, ATM turut bersedia membantu SPR dan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan proses pengundain di seluruh negara berjalan lancar.
Langkah itu bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara daripada sebarang kemungkinan yang tidak diingini sepanjang proses pengundian sehingga keputusan diumumkan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram