LRT Kelana Jaya akan mula beroperasi 6 pagi 14 November


  • Primer
  • Ahad, 13 Nov 2022

Ka Siong memaklumkan LRT laluan Kelana Jaya beroperasi pada Isnin iaitu dua hari lebih awal daripada tarikh jangkaan.

LALUAN Transit Aliran Rinan (LRT) laluan Kelana Jaya akan berhenti di semua 37 stesennya bermula 6 pagi 14 November berikutan penutupan lima hari membabitkan 16 stesen dari Kelana Jaya ke Ampang Park yang bermula minggu lepas.

Dalam satu kenyataan di Facebook petang Ahad, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, sesi ujian di laluan itu merupakan sebahagian daripada usaha komprehensif yang menilai semua parameter khususnya mendapatkan kestabilan semasa kereta api masuk dan bertolak dari Kelana Jaya ke Ampang Park.

"Hari ini saya telah menaiki tren LRT Laluan Kelana Jaya untuk meninjau dan menguji keberkesanan sistem dan keselamatan operasi. Saya amat berpuas hati dengan keputusan ke atas ujian meluas yang dijalankan.

"Setelah Agensi Pengangkutan Awam Darad (APAD) mengesahkan kestabilan sistem kawalan tren automatik (ATC) dan mengisytiharkan perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya selamat untuk beroperasi sepenuhnya.

"Saya kemudian memaklumkan bahawa perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya akan kembali dibuka sepenuhnya kepada pengguna mulai Isnin pukul 6 pagi dan perkara itu dua hari lebih awal daripada jangkaan," katanya.

Kepada pengguna yang terjejas, pampasan tiket selama tujuh hari akan diberikan walaupun pemberhentian perkhidmatan selama lima hari.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram