PRESIDEN MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berikra akan menjadikan Yong Peng, Batu Pahat, Johor sebagai hab pertanian moden.
Matlamat itu merupakan salah satu manifesto Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) buat penduduk Ayer Hitam.
Menteri Pengangkutan itu berkata, ‘Lima Janji untuk Lima Tahun Akan Datang’ sebagai misi untuk mempertahankan kerusi Parlimen itu.
“Ayer Hitam akan dijadikan sebagai hab pertanian moden kerana bandar ini optimis dengan aktiviti pertanian dan penternakan ayam.
“Hasil mereka menepati piawaian dan kuantiti untuk membekalkan makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ayam dan telur ke seluruh negara serta eksport ke Singapura.
“Saya turut bercadang untuk menarik lebih banyak pelabur dan mewujudkan peluang pekerjaan baharu kepada penduduk tempatan.
“Perancangan ketiga saya ialah menjadikan Ayer Hitam sebagai hab pengangkutan darat sekiranya projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura disambung semula pada masa hadapan,” katanya ketika melancarkan manifesto di Taman Kota, Yong Peng pada Sabtu.
Dalam pada itu Ka Siong turut potensi Ayer Hitam untuk dijadikan sebagai destinasi pelancongan bagi melengkapkan bandar berhampiran Paloh (Kluang) dan Bekok (Segamat) yang terkenal dengan ciri eko-pelancongan.
“Saya berhasrat untuk melakukan lebih banyak perkara khususnya buat generasi muda kerana mereka adalah masa depan kita.
“Usaha ini akan memperkasakan mereka dan membuka lebih banyak peluang dan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. Memambantu mereka memulakan perniagaan sendiri bagi menarik mereka untuk kekal di kampung halaman termasuk menyumbang kepada ekonomi negara,” jelasnya.
Untuk rekod, Ka Siong menjadi Ahli Parlimen Ayer Hitam pada 2004 dan mengekalkan jawatan tersebut sejak 18 tahun lalu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram