Zamani calon 'underdog' tekad perjuang nasib orang Melayu


  • Politik
  • Khamis, 10 Nov 2022

Zamani (dua dari kiri) bakal merebut kerusi Parlimen Tampin.

PILIHAN Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini sudah pasti bakal memberi kelainan apabila beberapa calon muka baharu bakal diketengahkan.

Selain calon yang sudah sedia maklum terkenal di media sosial, calon yang kurang dikenali atau 'underdog' tidak ketinggalan berhasrat untuk berjuang demi rakyat.

Antara calon yang dianggap popular meskipun belum pernah bertanding pada pilihan raya adalah Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Cleopatra (Parlimen Batu); Adam Adli Abd Halim (Parlimen Hang Tuah Jaya); dan Syahredzan Johan (Parlimen Bangi).

33b7987b-f85a-42a5-aa21-36589e326fd8

Sementara itu, antara calon dianggap kurang mendapat perhatian ramai adalah Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) yang bertanding atas tiket Gerakan Tanah Air (GTA).

file7mhhvunn0k612h8ndfg8

Zamani

Zamani Ibrahim bakal bertanding di kerusi Parlimen Tampin dan berdepan pertembungan empat penjuru.

Antara pesaing yang turut merebut kerusi itu adalah Mohd Isam Mohd Isa (Barisan Nasional); Mejar (B) Abdul Halim Abu Bakar (Perikatan Nasional); dan Muhammad Faiz Fadhil (Pakatan Harapan).

Meskipun tidak begitu popular, usah memandang rendah akan kebolehan Zamani untuk menerajui Tampin pada masa akan datang.

Berikut adalah antara kelebihan beliau yang mungkin boleh diambil kira oleh penduduk Tampin:

1) Anak jati Negeri Sembilan

Zamani yang juga bergelar ustaz dilahirkan di Rembau, Negeri Sembilan.

Oleh itu, beliau mungkin lebih mengetahui tentang selok-belok kawasan di Tampin yang hanya mempunyai jarak 21 kilometer dari Rembau, Negeri Sembilan.

Status anak jati anak jati Negeri Sembilan itu juga menjadikan beliau lebih layak memegang kerusi Parlimen Tampin.

2) Latar belakang pendidikan

file7m5rifn3brc59lrc834

Zamani (dua dari kanan) mempunyai latar pendidikan yang bagus.

Zamani bermula dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Madrasah Nadhah, Kedah.

Selain itu, beliau merupakan pemegang Diploma Pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Ketika menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) beliau adalah pemegang Sarjana Pendidikan Bahasa Arab Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Berdasarkan latar belakang pendidikan, ini membuktikan bahawa beliau merupakan seorang yang bijak serta berkemampuan memimpin penduduk Tampin mengikut ajaran Islam sebenar.

Apatah lagi, Islam merupakan agama rasmi di negara ini.

3) Kerjaya

Melihat kepada kerjayanya, beliau pernah menjadi Guru Penolong Kanan (GPK) di Maahad Ahmad, Gemenceh pada 1997 hingga 2001.

Pada tahun 2011 hingga 2016, beliau dilantik sebagai Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

Bukan itu sahaja, Zamani pernah menjadi pengetua di Sekolah Menengah Agama (SMA) Dato' Haji Tan Ahmad, Jelebu; dan Institut Tahfiz Al Quran Negeri Sembilan (ITQAN).

Pada 2007 hingga 2018, beliau juga merupakan guru haji bagi daerah Tampin.

Umat Islam di Tampin itu tentunya tidak ragu-ragu tentang kredibiliti beliau dalam soal agama.

4) Aktif

file7mhhud552tzpdtb1fg8

Zamani berbaju merah ketika mengadakan sidang media bersama Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ogos lalu.

Selain aktif berkerjaya di Negeri Sembilan lebih dari 10 tahun, namanya sudah pasti tidak asing lagi buat penduduk Tampin.

Hal ini kerana beliau juga memegang jawatan sebagai guru pembimbing haji daerah Tampin pada tahun 1997 hingga 2015.

Bukan itu sahaja, Zamani merupakan ahli jawatankuasa fatwa Negeri Sembilan pada tahun 2008 hingga 2019 serta ahli jawatankuasa Panel Tauliah Negeri Sembilan pada tahun 2011 hingga 2019.

Malah, beliau merupakan pemegang sijil integriti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Meskipun sudah agak berusia, namun kecergasan beliau dalam pelbagai aktiviti menjadikan beliau merupakan antara calon paling sesuai untuk merebut kerusi Parlimen Tampin.

5) Komited memperjuangkan kaum Melayu

Sebelum ini, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan GTA bertujuan memperkasa kaum Melayu terutama dalam bidang ekonomi.

Pada masa sama, Zamani berkata, gabungan berkenaan mahu terus memastikan kaum Melayu menerajui negara.

Ini membuktikan nasib kaum Melayu akan sentiasa terbela terutamanya di kawasan yang bakal diterajui beliau.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November 2022 sebagai hari pengundian bagi PRU15 dan tempoh berkempen selama 14 hari. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram