MCA Parlimen Batu menyatakan sokongan penuh kepada calon MIC, Datuk A. Kohilan Pillay untuk merampas kembali kawasan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pengerusi MCA Batu, Lim Beng Hean berkata, mereka menyokong keputusan yang dibuat oleh pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) untuk mencalonkan Kohilan bertanding di Parlimen itu.
"Apa pun keputusan, kita semua berada di bawah keluarga BN dan semua yang kita lakukan akan memihak kepada gabungan ini.
"Kami akan melakukan yang terbaik untuk menyokong calon semasa tempoh berkempen," katanya pada Khamis.
Sementara itu, Kohilan berkata, heliau mengucapkan terima kasih atas sokongan kempimpinan dan ahli MCA Batu.
"Dalam setiap keluarga, kadangkala ada perselisihan faham, tetapi kami gembira dapat menyelesaikannya secara baik," katanya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram