KERAJAAN Pulau Pinang mengisytiharkan cuti khas pada 18 November ini bagi membolehkan pengundi pulang ke negeri masing-masing untuk mengundi keesokan harinya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata, keputusan itu dibuat bersempena dengan PRU15 yang akan diadakan pada 19 November ini.
"Cuti khas negeri itu diberikan bagi membolehkan membolehkan warga Pulau Pinang untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Sebelum ini, Selangor dan Negeri Sembilan mengisytiharkan 18 November sebagai hari kelepasan am negeri bagi membolehkan warga luar bandar pulang ke negeri masing-masing untuk mengundi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram