
CALON Barisan Nasional (BN) di Bentong, Tan Sri Liow Tiong Lai menyatakan rasa duka dengan berita lawannya dari Pakatan Harapan (PH), Young Syefura Othman mengalami keguguran.
Menerusi kenyataan di akaun Facebook rasminya, Tiong Lai berkata, beliau baru sahaja mendengar perkhabaran itu sambil menyatakan rasa sedih.
"Saya baru sahaja mendengar tentang berita keguguran Syefura dan berasa sedih dengan perkara itu.
"Saya harap dia berehat dan sembuh dengan baik," tulisnya.
Sementara itu, Young Syefura sempat mengucapkan rasa terima kasih atas keprihatinan Tiong Lai.
"Saya amat menghargainya. Maaf kerana tidak berada di bilik gerakan (semasa lawatan anda) kerana saya sedang berehat di rumah," tulisnya di Twitter.
Terdahulu, Young Syefura atau lebih dikenali dengan nama Rara memaklumkan dia mengalami keguguran pada Khamis lalu menerusi akaun Instagram miliknya.
Rara sebelum itu membuat keputusan untuk mengumumkan kehamilannya selepas Pilihan Raya Umum ke-15 namun disahkan keguguran ketika usia kandungannya berusia enam minggu. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram