Bukan fantasi tetapi manifesto yang praktikal


  • Politik
  • Khamis, 10 Nov 2022

Mah Hang Soon (kiri) akan menunaikan janjinya kepada rakyat Tanjung Malim jika menang di PRU15.

PELAN transformasi yang memberi perhatian kepada keperluan penduduk Tanjung Malim, Perak menjadi manifesto untuk Datuk Dr Mah Hang Soon.

Manifesto beliau bertajuk A Prosperous Tanjung Malim merangkumi semua aspek daripada ekonomi, pendidikan dan pertanian kepada budaya serta faedah kesihatan untuk penduduk yang tinggal di Tanjung Malim.

WhatsApp Image 2022-10-26 at 10.31.00 PM

"Saya seorang doktor, pakar kardiologi.

"Saya di sini bukan untuk memberi anda dunia fantasi atau menjanjikan apa-apa yang tidak boleh dilakukan.

"Mari kita berfikir secara realistik. Segala-galanya dalam manifesto saya boleh dilakukan dan mempunyai kaitan dengan anda dengan anda,” kata calon Barisan Nasional (BN) itu kepada penduduk ketika hadir di sebuah acara di Slim River pada Selasa.

Beliau memberi taklimat kepada penduduk tentang pelan strateginya untuk mengubah Tanjung Malim dan meningkatkan kualiti hidup mereka.

Hang Soon yang juga Timbalan Presiden MCA berkata, jika kemenangan berpihak kepadanya, dia akan melaksanakan pembangunan untuk menjadikan kawasan itu sebagai hab pendidikan, pangkalan penyelidikan pertanian dan destinasi pelancongan.

Jelasnya, antara kebimbangan utamanya adalah untuk mengelakkan belia tempatan daripada meninggalkan Tanjung Malim untuk mencari pekerjaan di luar dan membantu membantu memastikan peluang pekerjaan serta aktiviti mencukupi untuk mereka.

Ujarnya, dia juga akan meneruskan sokongannya dan memastikan projek Lembah Teknologi Tinggi Automotif bernilai RM32 bilion berjalan lancar.

"Saya akan menubuhkan pusat khidmat untuk membantu mereka yang mencari kerja atau ingin memulakan perniagaan sendiri," katanya.

Untuk rekod, kawasan itu mempunyai 45,526 individu berusia antara 18 dan 39 (48.5%) dan 28,886 (30%) berumur dari 40 hingga 59 tahun.

Hang Soon yang juga Timbalan Menteri Pendidikan berkata, dia juga akan menubuhkan jawatankuasa untuk meneliti perkara berkaitan pendidikan.

"Jawatankuasa ini akan ditugaskan untuk memberi kaunseling kepada pelajar, memberi penerangan mengenai kursus di institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara, serta menaik taraf kemudahan sekolah bagi menjadikan Tanjung Malim sebagai bandar pendidikan berkualiti tinggi dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat universiti," katanya.

Dia juga menyatakan bahawa Tanjung Malim mempunyai banyak tanah untuk aktiviti pertanian.

"Saya akan bekerjasama dengan universiti dan penyelidik tempatan serta menjemput pakar dari luar negara untuk membantu petani dalam (teknik) pertanian moden yag boleh meningkatkan hasil mereka," katanya.

Sebagai seorang doktor perubatan, Hang Soon juga berjanji untuk menaik taraf kemudahan dan perkhidmatan di hospital dan klinik kesihatan, serta mempertingkatkan kekerapan klinik bergerak terutama ke kawasan luar bandar dan penempatan Felda.

Rancangannya yang lain termasuk menganjurkan karnival tahunan untuk mempamerkan budaya berbeza daripada pelbagai kaum, termasuk Orang Asli.

"Ini adalah permintaan yang saya kumpulkan daripada orang ramai semasa saya berkhidmat di sini sejak beberapa tahun lalu, dan saya berjanji akan melakukan kesemuanya jika saya menang," tambahnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram